Alhamdulillah, berita baik kepada pesara! Berdasarkan kepada Belanjawan 2025, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penghargaan kepada pesara dan penerima pencen terbitan dengan melanjutkan Bayaran Penghargaan Khas (PKKP) mulai Januari hingga Disember 2025.
Terdahulu, pembayaran PKKP telah dikreditkan ke akaun pesara bermula Julai 2023 dan pembayaran akan dibuat secara berterusan sehingga Disember 2024.
Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bukan sahaja melegakan pesara kerajaan, tetapi juga dapat membantu mereka yang terkesan dengan kos sara hidup.
Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)
Secara mudah difahaminya, Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah satu bentuk pembayaran khas disebabkan perbezaan amaun pencen semasa dengan pencen asal susulan keputusan dibuat mahkamah itu.
Pemberian ini bertujuan untuk menjadikan amaun diterima pesara pada Julai hingga Disember tahun ini, sama sepertimana amaun pencen semasa yang diterima.
Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2025, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.
Kepentingan PKKP
Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.
Keputusan kerajaan memberikan PKKP sebagai satu bentuk bantuan khas itu kepada pesara adalah susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.
Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.
Sekiranya pemberian PKKP tidak dilaksanakan, sudah pasti bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala mereka yang mulai bersara 2013 dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.
Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada Disember 2013 sebanyak RM1,413.49 namun dengan pemberian PKKP sebanyak RM343.94, pesara ituu akan menerima RM1,757.43 iaitu jumlah sama yang diterima pada Jun 2023.
“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Artikel berkaitan: Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara 2023
Kadar Penyelarasan Pencen Kepada Pesara
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.
Justeru, bagi mendapatkan “gaji akhir bersamaan terbaharu”, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir / *gaji akhir bersamaan pesara.
NOTA: Gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012.
Sehubungan itu, amaun pencen baharu akan didapati selepas penyelarasan gaji akhir / gaji ahir bersamaan menggunakan formula berikut:
- Bagi tempoh perkhidmatan kurang 360 bulan :
- 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
- Bagi tempoh perkhidmatan genap 360 bulan atau lebih :
- 3/5 X Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PKKP, anda boleh rujuk pada FACEBOOK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM atau portal rasmi mereka di pautan berikut : www.jpa.gov.my