Pizza Parang Melaka : Makanan Viral yang Wajib Anda Cuba!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selain terkenal dengan sejarah negeri, Melaku juga sangat terkenal dengan makanan-makanan mereka yang unik dan sedap. Antara makanan unik yang boleh anda cuba di Melaka ini ialah Pizza Parang. 

Haa, nama dia je dah buat kita tertanya-tanya kan. Jadi untuk anda yang bakal bercuti ke Melaka, dan nak tahu serba sedikit tentang pizza ini dan dekat mana lokasinya, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel. 

Pizza Parang Melaka

Pizza Parang Melaka merupakan satu hidangan unik yang anda boleh dapatkan di sebuah restoran di negeri Melaka. Restoran Grass Stream Kitchen atau GSK ini menawarkan pelbagai hidangan barat seperti pasta, pizza, shepherd pie dan lain-lain lagi. 

Hidangan unik ini menjadi terkenal kerana cara potongan pizza mereka yang unik dan berbeza daripada restoran lain. Rasa masakan mereka yang enak dan pelbagai juga menjadikan restoran ini antara pilihan utama para pelancong yang mengunjungi negeri penuh bersejarah ini.

Bagi anda yang bakal ke Melaka, anda sangat digalakkan untuk mengunjungi restoran ini dan mencuba pizza parang viral ini!

Sumber Gambar: Grassstreamkitchen

Kenapa Pizza Parang Melaka Viral?

Menu Pizza Parang yang dijual di Restoran Grass Stream Kitchen (GSK) di Melaka ini telah menjadi viral di media sosial sejak tahun 2023 lagi. Menu ini menjadi viral kerana keunikan cara potongan pizza yang dilakukan di restoran tersebut. 

Staf atau Cef yang bertugas akan memotong pizza yang dipesan oleh para pelanggan mereka menggunakan sebilah parang. Mereka akan melakukan potongan pizza tersebut di hadapan para pelangga mereka, dan perkara ini telah menjadi daya penarik buat restoran tersebut. 

Anda boleh tonton video pemotongan pizza menggunakan parang dibawah yang dilakukan oleh restoran ini. Video ini telah dikongsikan sendiri oleh pelanggan restoran ini di akaun tiktok melakafoodtravel:

@melakafoodandtravel

Grass Stream Kitchen 📍 7851-C Km 14 Jalan Kampung Paya Rumput, 76450 Melaka ⏰ 6PM – 11.30PM (Mon – Tues closed) #melakafoodtravel #mlkft #pizzaparang #pizzamelaka #pizzamalaysia #melakafood #foodmelaka #foryoupage #fyp

♬ original sound – melakafoodandtravel

Lokasi & Waktu Operasi

Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi restoran Pizza Parang Melaka ini, anda boleh mengunjungi mereka di alamat di bawah:

GSK, Grass Stream Kitchen,  7851-C Km 14 Jalan Kampung Paya Rumput, 76450 Melaka

Waktu operasi bagi restoran Grass Stream Kitchen (GSK) ini pula adalah pada hari Rabu sehingga hari Ahad, dari pukul 6 sehingga 11:30 malam. Hari Isnin dan Selasa, kedai tutup.

Anda sangat digalakkan untuk datang awal bagi mengelakkan waktu menunggu yang lama!

pizza parang melaka

Baca juga: Festival Kota Selatan 2024: Tarikh, Lokasi & Jadual Acara

Menu Menarik

Jika anda ingin menikmati keunikan pizza parang Melaka ini, anda boleh mencuba pizza ini dengan pelbagai jenis variasi pizza yang ditawarkan. Antaranya ialah:

  • Pizza Daging Salai Lemak Cili Api
  • Veggie Pizza
  • Prawnie Pizza
  • Meaty Pizza
  • Original Pizza
  • Chickie Pizza
  • Margarita Pizza
  • Smoked Beef Pizza
pizza parang melaka

Selain senarai pizza di atas, restoran ini juga menawarkan pilihan menu yang lain seperti pasta, pai, dan lain-lain. Anda boleh lihat pada gambar menu yang disediakan di bawah untuk ketahui lebih lagi:

pizza parang melaka

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut