Piala Asean Mitsubishi Electric 2024: Keputusan, Jadual Perlawanan

Piala AFF Mitsubishi kembali lagi pada tahun 2024 ini setelah kali terakhir dianjurkan pada tahun 2022 dan sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula, pertandingan utama di rantau ini yang dahulunya dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric juga dinamakan semula sebagai ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024.

Kejohanan ini secara rasminya dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric pada tahun 2022 disebabkan penajaan oleh syarikat Mitsubishi Electric sebagai penaja rasmi bagi kejohanan ini.

Edisi kali ini akan menjadi edisi ke-15 kejohanan ini, kejohanan bola sepak yang disertai negara-negara yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Tarikh kejohanan

Kejohanan Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 ini akan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember 2024.

Format Piala AFF Mitsubishi 2024

Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 akan mengikut format edisi sebelumnya.

Dalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan.

10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.

Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember 2024 dan sudah pastinya kita mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya.

Setiap kumpulan akan dianggotai oleh 5 pasukan negara seperti yang berikut:

Kumpulan A: Thailand, malaysia, Singapura, Kemboja, *Satu lagi pasukan akan ditentukan melalui perlawanan play-of antara Brunei Darussalam dan Timor-Leste

Kumpulan B: Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar, Laos

Hanya 2 pasukan dengan mata tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya yang akan bermain secara kalah mati.

Berikut merupakan jadual perlawanan Harimau Malay bagi kejohanan ini:

jadual Piala Asean Mitsubishi Electric 2024

Artikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Senarai Pemain Harimau Malaya

*Senarai nama pemain Harimau Malaya bagi kejohanan Piala Asean Mitsubishi Electric ini akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat

Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!

Senarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)

 
TAHUNJUARASKORRUNNER-UP
1996Thailand1-0Malaysia
1998Singapura1-0Vietnam
2000Thailand4-1Indonesia
2002Thailand2-2 (aet)

(pen 4-2)
Indonesia
2004Singapura3-1, 2-1

(agg 5-2)
Indonesia
2007Singapura2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2008Vietnam2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2010Malaysia3-0, 1-2

(agg 4-2)
Indonesia
2012Singapura3-1, 0-1

(agg 3-2)
Thailand
2014Thailand2-0, 2-3

(agg 4-3)
Malaysia
2016Thailand1-2, 2-0

(agg 3-2)
Indonesia
2018Vietnam2-2, 1-0

(agg 3-2)
Malaysia
2020Thailand4-0, 2-2

(agg 6-2)
Indonesia
2022  ThailandAgg. 3 – 2 Vietnam
Sumber: Goal.com

Venue Utama Perlawanan

Bagi penganjuran Piala Asean Mitsubishi Electric 2024, terdapat satu venue perlawanan untuk setiap negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dengan setiap negara mendapat dua perlawanan kumpulan yang dimainkan di stadium rumah mereka.

Seperti biasa, pihak FAM akan mengumumkan pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue utama bagi pasukan kebangsaan Malaysia.

Diharapkan untuk Piala Asean Mitsubishi Electric 2024, pasukan Harimau Malaya dapat menampilkan sekali lagi persembahan cemerlang.

Bantu kami share artikel ini: