Peta Semenanjung Malaysia: Beli Peta Tematik Resolusi Tinggi

Bagi yang tidak tahu, anda boleh mendapatkan pelbagai peta semenanjung Malaysia melalui laman web rasmi JUPEM.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkattaan “peta” membawa maksud yang berikut:

1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll);

Jenis-jenis peta

Peta secara umumnya boleh diklasifikasikan menjadi dua jenis iaitu peta umum dan peta tematik berdasarkan isi atau informasi yang disajikan.

Berikut merupakan beberapa contoh peta tematik semenanjung Malaysia yang boleh anda jadikan rujukan.

Untuk peta dengan resolusi lebih tinggi, sila hubungi pihak JUPEM untuk urusan pembelian.

Artikel berkaitan: Koleksi Peta Malaysia Yang Boleh Dimuat Turun

Peta daerah

peta-daerah-semenanjung-malaysia

Peta Daerah merupakan peta tematik yang memaparkan maklumat pentadbiran daerah dalam sesebuah negeri.

Kawasan pentadbiran seperti daerah/ jajahan, mukim, pekan dan bandar dipersembahkan dalam warna yang berbeza dan dianotasikan.

Antara maklumat yang dipaparkan adalah termasuk jalan yang dikelaskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan keretapi dan sungai.

Lain-lain maklumat seperti balai polis, hospital, bangunan kerajaan, sekolah dan kemudahan lain ditunjukkan sebagai simbol tematik mengikut lokasinya. Kawasan penting melibatkan sebahagian ibu daerah ditandakan dengan kotak garisan putus di peta utama dan dibuatkan peta inset dalam skala yang besar.

Maklumat jalan, bangunan kediaman dan pentadbiran serta kemudahan lain yang lebih terperinci ditunjukkan dalam bentuk simbol tematik dan dianotasikan. 

Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Semenanjung Malaysia) Sferoid GRS 80, Datum 2000.

> Beli Peta Daerah Semenanjung Malaysia (resolusi tinggi)

Peta negeri

peta negeri kedah

Peta Negeri merupakan peta tematik yang memaparkan maklumat pentadbiran negeri, daerah/ jajahan, dan mukim dipersembahkan dalam warna yang berbeza serta dianotasikan.

Antara maklumat yang dipaparkan adalah pengangkutan, pelbagai binaan, hidrografi, sempadan dan status tempat. Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Semenanjung Malaysia) Sferoid GRS 80, Datum 2000

> Beli Peta Negeri Semenanjung Malaysia (resolusi tinggi)

Peta pengangkutan

Peta Pengangkutan merupakan peta tematik yang memaparkan maklumat jalinan pengangkutan darat antara bandar/pekan/kampung dalam sesebuah negeri.

Antara maklumat yang dipaparkan adalah termasuk jalan yang dikelaskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan keretapi dan sungai.

Maklumat jarak (dalam kilometer) antara bandar utama, nombor laluan Lebuhraya, Jalan Persekutuan, dan Jalan Negeri turut dipaparkan dalam peta ini.

Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Semenanjung Malaysia) Sferoid GRS 80, Datum 2000

> Beli Peeta Pengangkutan Negeri Semenanjung Malaysia (resolusi tinggi)

Peta Negeri-Negeri Semenanjung (Politikal)

Peta jenis politikal (pentadbiran) berwarna bagi setiap negeri di Malaysia.

Peta-peta yang diterbitkan menunjukkan perbezaan warna untuk setiap daerah kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditunjuk dengan perbezaan warna untuk mukim.

Negeri-negeri yang besar seperti Johor, Pahang, Selangor, Perak, dan Kedah peta ini dicetak kepada dua (2) lembar peta.

Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, negeri, daerah dan mukim ditunjukkan.

Perbezaan warna ditunjukkan bagi setiap daerah di negeri berkenaan.

Maklumat-maklumat seperti jalan raya dikelaskan mengikut hirarki kepentingan, jalan keretapi, sungai, nama bandar dan kampung ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu.

> Beli Peta Politikal Negeri Semenanjung Malaysia (resolusi tinggi)


Bantu kami share artikel ini: