Perubahan Gred SSPA: Senarai Jawatan Disatukan & Ditukar

Selari dengan pengumuman mengenai perlaksanaan Sistem Saraan Penjawat Awam atau SSPA, kerajaan juga telah mengumumkan terdapat beberapa perubahan gred SSPA bagi menambahbaik sistem saraan sedia ada.

Untuk maklumat rasmi mengenai SSPA, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2024 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang boleh diakses melalui pautan https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf

Dengan pengenalan sistem saraan baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi tempoh 4 hari kepada penjawat awam bermula dari 21 Oktober hingga 30 November ini untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran SSPA.

Kegagalan mengembalikan borang atau membuat pilihan yang tidak jelas akan dianggap sebagai penolakan opsyen SSPA, dan pegawai tersebut akan kekal dalam skim perkhidmatan yang sedia ada di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Baca lagi: Sistem Saraan Malaysia (SSM) : Sejarah dan Kelebihannya

Keperluan perubahan gred SSPA

Berdasarkan dokumen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024, sebanyak 22 skim perkhidmatan akan dijumudkan.

Jumlah keseluruhan skim perkhidmatan di bawah SSPA kini adalah 199​ berbanding 229 skim di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Perkhidmatan jumud ialah perkhidmatan yang tidak lagi diperlukan (obsolete) berikutan dengan perubahan fungsi perkhidmatan.

Perubahan gred dalam SSPA dilakukan dalam usaha menangani isu ketidaksamaan antara skim perkhidmatan di bawah SSM sebelum ini.

Perubahan Gred Kelayakan Masuk

Berikut merupakan perubahan gred SSPA mengikut peringkat kelayakan masuk:

Sijil Pelajaran Malaysia:

  • Gred SSM 19 dan 20 – Gred SSPA 1
  • Gred SSM 21, 22 dan 24 – Gred SSPA 2
  • Gred SSM 25 dan 26 – Gred SSPA 3
  • Gred SSM 27 dan 28 – Gred SSPA 4

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma:

  • Gred SSM 29 dan 30 – Gred SSPA 5
  • Gred SSM 31 hingga Gred 36 – Gred SSPA 6
  • Gred SSM 36 hingga 38 – Gred SSPA 7
  • Gred SSM 39 dan 40 – Gred SSPA 8

Ijazah:

  • Gred SSM 41 dan 42 – Gred SSPA 9
  • Gred SSM 43 dan 44 – Gred SSPA 10
  • Gred SSM 45 dan 46 – Gred SSPA 11
  • Gred SSM 47 dan 48 – Gred SSPA 12

Lan-lain:

  • Gred SSM 51 dan 52 – Gred SSPA13
  • Gred SSM 53 dan 54 – Gred SSPA 14
  • Gred SSM 55 dan 56 – Gred SSPA 15

Senarai Penjumudan Skim Perkhidmatan

Perubahan gred dalam SSPA juga menyaksikan sebanyak 22 perkhidmatan akan dijumudkan.

Penjumudan sesuatu skim perkhidmatan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria iaitu perkhidmatan yang fungsinya tidak lagi diperlukan, boleh diambil alih oleh perkhidmatan lain, diasingkan saraan atau dialih daya (outsource).

Berikut merupakan senarai gred dan perkhidmatan yang dijumudkan:

  1. Pemandu Lokomotif – A13, A19/20, A22, A26, A28
  2. Jurusolek – B19, B21/22, B25/26, B27/28
  3. Pensyarah UiTM – DM41, DM45/46, DM51/52, DM53/54,
    Khas
  4. Penolong Pensyarah – UiTM DM29, DM32, DM34, DM40
  5. Pengurus Taman/Ladang – G41, G44, G48, G52, G54
  6. Penolong Pengurus Taman/Ladang – G29, G32, G36, G40
  7. Pembantu Taman/Ladang – G19, G22, G26, G28
  8. Merinyu Tali Air – J19, J22, J26, J28
  9. Pegawai Penyelidik Sosial – N41, N44, N48, N52, N54
  10. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial – N29, N32, N36, N40
  11. Pembantu Penyelidik Sosial – N19, N22, N26, N28
  12. Pengurus Asrama – N41, N44, N48, N52, N54
  13. Penolong Pengurus Asrama – N29, N32, N36, N40
  14. Penyelia Asrama – N19, N22, N26, N28
  15. Pegawai Penerbitan – N41, N44, N48, N52, N54
  16. Penolong Pegawai Penerbitan N29, N32, N36, N40
  17. Pembantu Penerbitan N19, N22, N26, N28
  18. Pegawai Khidmat Pelanggan N19, N22, N26, N28
  19. Operator Wayarles N19, N22, N26, N28
  20. Pemeriksa Cap Jari N19, N22, N26, N28
  21. Pembantu Pemuliharaan S19, S22, S26, S28
  22. Pegawai Kewangan W41, W44, W48, W52, W54

Pegawai yang terlibat dengan penjumudan skim perkhidmatan akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA seperti di Jadual 5 di bawah:

opsyen pertukaran pelantikan
Perubahan Gred SSPA
Perubahan Gred SSPA
penjumudan jawatan SSPA

Maklumat Lanjut

MUAT TURUN ] SOALAN LAZIM (FAQ) PERKHIDMATAN SSPA

Bantu kami share artikel ini: