Malaysia Masters 2024 Badminton [LIVE] Jadual Perlawanan

Badminton Perodua Malaysia Masters 2024 edisi ke-6 siri S500 merupakan salah satu kejohanan berprestij yang bakal menghimpunkan pemain elit dari seluruh dunia.

Sebanyak 294 atlet badminton elit dari seluruh dunia bakal bertandang ke Malaysia bagi bersaing merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD $420,000.

Malaysia mula disenaraikan sebagai salah satu venue destinasi kejohanan badminton di gred Super 500 (dahulunya Grand Prix Gold) oleh BWF pada 2009.

Jadual & Lokasi Perodua Malaysia Masters 2024

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan PERODUA, dalam satu sidang media mengumumkan lokasi kejohanan badminton berprestij Perodua Malaysia Masters 2024 akan di adakan di Axiata Arena Bukit Jalil

Tarikh kejohanan akan berlangsung pada 21 – 26 Mei 2024. Iaitu selama 6 hari berturut-turut.

Rujuk jadual perlawanan pemain negara dalam infografik di bawah:

malaysia masters 2024
malaysia masters 2024

Pemenang akan membawa pulang trofi ikonik dan hadiah wang tunai yang lumayan. Selain itu, pemenang juga akan menerima mata ranking tertinggi untuk Kedudukan Dunia Badminton (BWF).

Sila rujuk jadual terkini perlawanan melalui laman web Badminton World Federation (BWF) di pautan https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/

Senarai Atlet Malaysia Bertanding

BAM dalam satu sidang media, mengesahkan pemain terbaik Malaysia termasuk Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani dan lain-lain akan menyertai kejohanan Malaysia Masters 2024 ini.

Manakala Lee Zee Jia yang bermain sebagai pemain profesional juga akan turut mewakili Malaysia.

Perodua Malaysia Masters 2024 dijangka menyaksikan pertarungan sengit antara pemain badminton terkemuka dunia. Antara peserta yang disasarkan termasuk juara dunia seperti Viktor Axelsen dari Denmark, Akane Yamaguchi dari Jepun dan Lee Zii Jia dari Malaysia.

Manakala pemegang ranking nombor 1 dunia, badminton perseorangan lelaki yang disandang oleh pemain dari Chinese Taipe LIN Chun-Yi bakal menjadi antara pemain tumpuan kejohanan ini.

Baca juga : Piala Thomas 2024 & Piala Uber 2024

Senarai Pemenang Kejohanan Malaysia Masters Sebelum Ini

Berikut adalah jadual senarai pemenang Badminton Malaysia Masters dari tahun 2009 sehingga terkini ;

Tahun Perseorangan Lelaki Perseorangan Wanita Bergu Lelaki Bergu Wanita Bergu Campuran
2009 Lee Chong Wei Wang Shixian Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Ma Jin
Wang Xiaoli
Zheng Bo
Ma Jin
2010 Yip Pui Yin Markis Kido
Hendra Setiawan
Duanganong Aroonkesorn
Kunchala Voravichitchaikul
Devin Lahardi Fitriawan
Liliyana Natsir
2011 Wang Xin Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Miyuki Maeda
Satoko Suetsuna
Tontowi Ahmad
Liliyana Natsir
2012 Busanan Ongbamrungphan Chin Eei Hui
Wong Pei Tty
Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
2013 Alamsyah Yunus P. V. Sindhu Goh V Shem
Lim Khim Wah
Rizki Amelia Pradipta
Pia Zebadiah Bernadet
Praveen Jordan
Vita Marissa
2014 Simon Santoso Yao Xue Danny Bawa Chrisnanta
Chayut Triyachart
Huang Yaqiong
Yu Xiaohan
Lu Kai
Huang Yaqiong
2015 Lee Hyun-il Nozomi Okuhara Kenta Kazuno
Kazushi Yamada
Christinna Pedersen
Kamilla Rytter Juhl
Joachim Fischer Nielsen
Christinna Pedersen
2016 Lee Chong Wei P. V. Sindhu Marcus Fernaldi Gideon
Kevin Sanjaya Sukamuljo
Misaki Matsutomo
Ayaka Takahashi
Zheng Siwei
Li Yinhui
2017 Ng Ka Long Saina Nehwal Berry Angriawan
Hardianto
Jongkolphan Kititharakul
Rawinda Prajongjai
Tan Kian Meng
Lai Pei Jing
2018 Viktor Axelsen Ratchanok Intanon Fajar Alfian
Muhammad Rian Ardianto
Christinna Pedersen
Kamilla Rytter Juhl
Tang Chun Man
Tse Ying Suet
2019 Son Wan-ho Marcus Fernaldi Gideon
Kevin Sanjaya Sukamuljo
Yuki Fukushima
Sayaka Hirota
Yuta Watanabe
Arisa Higashino
2020 Kento Momota Chen Yufei Kim Gi-jung
Lee Yong-dae
Li Wenmei
Zheng Yu
Zheng Siwei
Huang Yaqiong
2021 Tiada kejohanan (Pandemik Covid-19)
2022 Chico Aura Dwi Wardoyo An Se-young Fajar Alfian
Muhammad Rian Ardianto
Chen Qingchen
Jia Yifan
Zheng Siwei
Huang Yaqiong
2023 Prannoy H. S. Akane Yamaguchi Kang Min-hyuk
Seo Seung-jae
Baek Ha-na
Lee So-hee
Dechapol Puavaranukroh
Sapsiree Taerattanachai

Tiket Online

perodua malaysia master 2024 tiket online

Bagi peminat badminton di Malaysia, pastikan anda menandakan tarikh Perodua Malaysia Masters 2024 dalam kalendar anda. Jualan tiket secara online juga telah dibuka dengan harga bermula dari RM 24.32 sehingga RM 1304.32. Tiket online boleh didapati menerusi pemelian di laman web https://www.ticket2u.com.my/event/35171/perodua-malaysia-masters-2024-presented-by-daihatsu

Keputusan Terkini

Keputusan terkini perlawanan Malaysia Masters 2024 boleh diperolehi melalui laman web BWf : https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/4746/perodua-malaysia-masters-2024

LIVE / Siaran Langsung Perodua Malaysia Master 2024

Bagi anda tidak dapat hadir secara bersemuka ke venue kejohanan Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda juga boleh menyaksikan kejohanan badminton ini menerusi siaran Astro SuperSport.

Untuk siaran live stream anda boleh menonton menerusi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini: