SEMAKAN TAWARAN, SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6
Bagi pelajar lepasan Tingkatan 5 yang menepati syarat-syarat umum dan khusus kemasukan layak ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam(6) yang beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan yang terpilih.
Pengajian selama 3 penggal ini menawarkan 2 aliran iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam(6) telah menerapkan 3 kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).
Pengenalan Tingkatan 6
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama tiga semester.
Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu jurusan Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan jurusan Sains.
Objektif
- Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
- Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
- Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
- Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
- Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Matlamat
Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.
Mereka ini akhirnya membawa keseJahteraan kepada negara di samping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.
Penjenamaan Semula
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dengan hasrat untuk:
- Memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid- murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
- Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam.
- Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam.
Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
- Imej dan Anjakan Minda.
- Info dan Infrastruktur.
- Pengurusan dan Pentadbiran.
- Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
- Kurikulum.
Kelebihan Tingkatan Enam
- Terus sambung ijazah
- Tempoh pengajian setahun setengah
- Kerja kursus membantu untuk dapatkan keputusan cemerlang
- Nisbah guru dan murid kecil
- Peluang ke IPT lebih luas
- Setaraf Diploma
- Yuran lebih murah
- Boleh mengulang subjek gagal
- Peluang tinggi untuk ikut kursus perguruan
- Layak memohon pelbagai biasiswa
- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- Boleh mengenakan pakaian biasa ke sekolah
Kenyataan Media Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 6 / 2025
TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh disemak secara dalam talian pada 19 Mei 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.
Bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 3 Jun 2025.
Mulai tahun 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu Sains dan Sains Sosial.
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan permohonan boleh disemak mulai 3 Jun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.
Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun 2025.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
18 MEI 2025
Semakan Tawaran Semakan Tawaran & Permohonan Rayuan Tingkatan 6
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa SEMAKAN TAWARAN DAN PERMOHONAN RAYUAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 TAHUN 2025 telah dibuka pada ketetapan berikut:
- Semakan Tawaran : 19 Mei 2025 – 25 Mei 2025
- Keputusan Rayuan : 3 Jun 2025
Anda boleh buat semakaan tawaran dan permohonan rayuan secara online melalui portal rasmi SST6 KPM di pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my
Tarikh lapor diri ke kolej/pusat Tingkatan 6 adalah pada 10Jun 2025 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.
Sementara itu, kemasukan Tingkatan 6 bagi KISAS dan SMAPL juga boleh dibuat pada hari yang sama melalui pautan tersebut.
Carta Alir Proses Semakan Tawaran & Rayuan
Senarai Mata Pelajaran STPM
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2025 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM).
Sebanyak 25 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.
Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).
3 Kategori Kolej Tingkatan 6
Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:
Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 2) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan 6
Senarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6
Untuk semak senarai sekolah / kolej Tingkatan 6, anda boleh memasukkan senarai mata pelajaran di pautan berikut : https://sst6.moe.gov.my/form6/sekpusat.cfm
Tempoh Pengajian Tingkatan 6
Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:
1. Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 1 (S1)
2. Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 2 (S2)
3. Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.
Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6
- Syarat Am
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
- Syarat Khas
- Bidang STEM – Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
- Sekolah Menengah Harian
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Harian
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6 – Murid Bekerperluan Khas
- Syarat Am
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
- Syarat Khas
- Bidang STEM
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
- Sekolah Menengah Harian
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Harian
- Bidang STEM
Pengambilan Calon Tingkatan Enam Tahfiz Tahun 2025
Program Tingkatan 6 Kampus Universiti
Pentaksiran & Yuran
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% – 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% – 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran.
Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap Semester. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2.
Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:
Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 + Kerja Kursus]
YURAN
Yuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Kod Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam Semester 1 Sesi 2025
Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 adalah seperti berikut:
A. Penampilan Pelajar Lelaki
1. Baju kemeja (polos/jalur/petak)
- Lengan pendek
- Lengan Panjang (jangan lipat)
- Tali leher
2. Seluar ‘slack’ gelap.
3. Berstoking melepasi buku lali.
4. Kasut Hitam (kasut kerja).
5. Baju Melayu lengkap dibenarkan (Jumaat).
6. Pakaian ketat/ jarang/ warna terang/ denim/jeans tidak dibenarkan.
7. Potongan rambut pendek dan tidak berfesyen.
8. Pakaian unit beruniform wajib untuk setiap hari Rabu (setelah ditetapkan unit beruniform).
B. Penampilan Pelajar Perempuan
1. Baju Kurung lengkap
2. Berstoking melepasi buku lali
3. Berkasut Hitam (kasut kerja bertumit rata atau tumit rendah)
4. Bertudung sehingga menutupi dada (pelajar Islam)
5. Pakaian ketat/ jarang/ warna terang/ kain terbelah/ purdah/ denim/jeans tidak dibenarkan.
6. Pakaian unit beruniform wajib untuk setiap hari Rabu (setelah ditetapkan unit beruniform).
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2014: ETIKA PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM
boleh dirujuk melalui pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengajian Tingkatan 6, sila rujuk Soalan Lazim dan info di pautan berikut: