Permohonan Status Bumiputera Sarawak Mulai 1 November 2023

Berita baik buat penduduk Sarawak yang mahu membuat permohonan status Bumiputera Sarawak apabila bermula 1 November 2023, proses tersebut akan menjadi lebih mudah.

Sebelum ini, orang ramai hanya pergi ke mahkamah tetapi selepas 1 November 2023, terdapat sebuah jawatankuasa khas untuk mengendalikan permohonan bagi penukaran status Bumiputera Sarawak ini.

Bermula November 2023, kanak-kanak hasil perkahwinan campur boleh memiliki tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mendapat status ‘penduduk asal’ (Bumiputera/Peribumi) boleh melanjutkan pengajian di universiti-universiti awam atau institusi pengajian tinggi.

Definisi “Bumiputera” Sarawak

Untuk diiktiraf sebagai penduduk asal Sarawak, seseorang itu mestilah warganegara Malaysia, anak kandung kaum asli Sarawak dan sama ada ibu atau bapanya adalah kaum asli Sarawak.

‘Penduduk asal’ juga membawa maksud ‘Bumiputera’ status khas.

Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa anda adalah seorang India dan seorang lagi Bidayuh Sarawak, anda boleh menghantar permohonan untuk mendapatkan status Bumiputera Sarawak ini.

Artikel berkaiitan: GoDigital Sarawak 2023 – Geran Pendigitalan Perniagaan PKS

Syarat Permohonan

Rakyat Malaysia, anak kandung dan salah seorang ibu atau bapa mestilah Bumiputera adalah antara kriteria permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan status Bumiputera Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, rakyat Sarawak yang memenuhi tiga kriteria itu boleh mengemukakan permohonan mulai 1 November 2023.

Kriteria kelayakan itu sangat mudah, katanya pada sidang media Mengumumkan Penguatkuasaan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 di sini.

Hasidah berkata, syarat-syarat itu selaras dengan peruntukan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 dan permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah di Sarawak dengan bayaran RM100 bagi setiap permohonan.

Usaha itu, katanya, bagi mengiktiraf anak-anak hasil perkahwinan campur di negeri ini, sekali gus menyelesaikan masalah berkaitan terutama dalam hal mewarisi harta warisan, pembahagian tanah, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak akan menubuhkan jawatankuasa yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki untuk mempertimbangkan permohonan berkenaan,” katanya.

Cara Menghantar Permohonan Bumiputera Sarawak

Borang permohonan status ‘penduduk asal’ atau Bumiputera Sarawak ini boleh didapati di pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri.

Yuran sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap permohonan.

Bagi melancarkan urusan permohonan ini, Kerajaan Sarawak akan menubuhkan satu jawatankuasa diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagi mempertimbang setiap permohonan.

Promosi: Dapatkan pes Laksa Sarawak pada harga rendah

Pindaaan ordinan

Perubahan mengenai proses permohonan ini sejajar dengan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022.

Pindaan ini diarapkan akan menyelesaikan masalah mereka yang berstatus ‘penduduk asal’ dipersoalkan atau sebelum ini tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Undang-undang ini (pindaan) boleh diharapkan menyelesaikan isu-isu dan membantu mengekalkan ketenteraman awam.

Terlabih dahulu, cadanan pindaan ini telah dibentangkan oleh Sharifah Hasidah rang undang-undang pindaan mengenai perkara itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dan ordinan itu telah dipinda dengan sewajarnya.

Untuk rekod, Dewan Undangn Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari 2022 telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan), 2022.

Untuk rekod, Dewan Undangn Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari 2022 telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan), 2022.

Untuk rekod, Dewan Undangn Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari 2022 telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan), 2022.

Rang Undang-Undang (RUU) yang meminda Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap. 61] itu memasukkan anak-anak hasil daripada perkahwinan campur sebagai bumiputera walaupun hanya salah seorang ibu atau bapanya adalah peribumi Sarawak.

Pindaan ini adalah penting tepat pada masanya dan merupakan langkah ke hadapan Sarawak kerana perkahwinan campur antara kaum antara kauum Bumiputera dan bukan Bumiputera merupakan perkara biasa berlaku di negeri ini.
 
Pindaan terbabit juga termasuk seksyen baharu 63 yang memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk meminda jadual sekiranya terdapat penambahan kaum selain daripada yang disenaraikan pada masa hadapan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!