Permohonan STAM 2021 KISAS (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)

Permohonan Tingkatan 6 Ambilan Tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah dibuka.

Bagi calon yang berminat, sila rujuk info berikut untuk panduan permohonan.

Apakah STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000.

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

permohonan stam 2021

Tarikh Permohonan

Permohonan bermula 15 Mac 2021 (Isnin) dan akan ditutup pada 29 Mac 2021 (Isnin).

Syarat Kemasukan STAM 2021 KISAS

Syarat kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

  1. Warganegara malaysia.
  2. Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm)
  3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.
  4. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
    • I) Pendidikan Syariah Islamiah
    • II) Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  6. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  7. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  8. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
  9. Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  10. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam stam di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Cara Permohonan STAM 2021 KISAS

Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:

https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/borang-permohonan-ke-tingkatan-6-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam-kolej-islam-sultan-alam-shah-kisas-ambilan-tahun-2020

Muat turun borang di bawah dan isikan selengkapnya.

permohonan stam 2021 kisas
permohonan stam 2021 kisas
permohonan stam 2021 kisas

Borang permohonan STAM 2021 yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 26 Oktober 2019 ke alamat berikut :

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

(U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

(Muat Turun PDF) Borang permohonan ke tingkatan 6 STAM di KISAS

*Anda juga boleh mengimbas kod-kod QR untuk syarat-syarat permohonan dan borang permohonan.

Baca juga: PISMP 2021: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut berkaitan , sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300;
  • Bahagian Pengurusan Asrama Penuh di talian 03-83217400; atau
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau e-melkan kepada [email protected]
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!