PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI 2024/2025
Syabas dan Tahniah kepada Pelajar Lepasan SPM yang berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)
BERIKUT ADALAH TARIKH PENTING UNTUK RUJUKAN ADIK-ADIK SEMUA
Permohonan melalui UPUOnline(Lepasan SPM 2023) :
- Semakan permohonan dan rayuan : 28 Jun 2024
- Tempoh setuju terima tawaran : 30 Jun – 7 Julai 2024
Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat bermula 28 Jun 2024
Permohonan melalui eBorang MyPOLYCC (Selain Lepasan SPM 2023) :
- Semakan permohonan dan rayuan : 30 Jun 2024
- Tempoh setuju terima tawaran : 30 Jun – 7 Julai 2024
Tarikh pendaftaran : 28 / 29 Julai 2024
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pihak POLYCC melalui WhatsApp di talian 03-8888 5625
Latarbelakang: Memohon Kemasukan Politeknik Di Malaysia
Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).
Kelebihan Belajar Di Politeknik
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf
- Lokasi di seluruh negara
- Yuran yang berpatutan
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Senarai Politeknik di Malaysia
Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :
- 3 Politeknik Premier
- 28 Politeknik Konvensional
- 5 Politeknik METro
Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.
Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti
Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :
Politeknik Premier
5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
Politeknik Konvensional / METrO
3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
- Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
- Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
- Sejarah (Wajib Lulus)
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains / Fizik atau Kimia
Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :
Diploma
Lulusan Sijil Kolej Komuniti
Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
Sijil Kolej Komuniti
Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)
Baca juga: Jadual Bayaran STR 2024: Tarikh & Jumlah Bantuan Fasa 1,2,3,4
Semakan Permohonan Politeknik 2024/2025 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI KINI BOLEH DIBUAT SECARA ATAS TALIAN.
Keputusan permohonan bagi ambilan kali ini akan diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Semakan boleh dibuat di pautan berikut : http://ambilan.mypolycc.edu.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah:
- 019-868 3738 (Whatsapp)
- 03-8888 3837
Maklumat Lanjut Semakan Politeknik & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:
http://ambilan.mypolycc.edu.my/
ATAU
Hubungi saluran berikut:
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
- Telefon: 03-8888 3837
- Faks: 03-8888 2733
- E-mel: [email protected]
Media sosial:
- Facebook: politeknik.edu / kolejkomunitihq
- Youtube: PoliteknikKolejKomuniti
- Twitter: politeknik malaysia / kolejkomunitihq
- Instagram: politeknikmalaysia / kolejkomunitihq
Baca juga: Bayaran Fasa 3 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh