Permohonan Jurulatih PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara 2025)

PENGAMBILAN JURULATIH PLKN
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGAMBILAN JURULATIH PLKN 3.0 (PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA)

Permohonan atas talian kini dibuka!

Sila rujuk iklan pengambilan dalam lampiran di bawah.

Pengenalan PLKN 3.0

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

Pemilihan Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara 3.0

Untuk makluman, Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) telah membuat hebahan pengambilan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang akan bermula tidak lama lagi.

Terdapat 2 jawatan yang ditawarkan secara kontrak iaitu:

  • Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)

Sila rujuk syarat kelayakan Jurulatih PLKN 3.0 dan kriteria bagi setiap jawatan :

Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)

permohonan jurulatih plkn
permohonan jurulatih plkn

Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)

permohonan jurulatih plkn

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2024.

Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Gred jawatan dan pelantikan adalah tertakluk kepada pelaksanaan SSPA.

Cara Permohonan Jurulatih PLKN 3.0

Untuk pendaftaran layari,
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfalM9vcm2-EbOL5jCr3O_dqNg9tY67xvAA8BKGMIYoPR7PiQ/viewform?pli=1&pli=1&pli=1&pli=1

Atau imbas kod QR untuk pendaftaran.

Maklumat Lanjut Pengambilan Jurulatih PLKN 3.0

Untuk mengetahui info terkini berkenaan pengambilan jurulatih dan pelaksanaan PLKN3.0, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut