Bagi memastikan keselamatan pengguna kenderaan e-hailing, kerajaan telah mengharuskan semua pemandu yang berkhidmat dengan syarikat pengangkutan jenis ini untuk mempunyai permit.
Permit ini akan membantu dalam memudahkan urusan kerajaan dan pihak bertanggungjawab untuk mengenalpasti pemandu yang telah melakukan kesalahan lalu lintas atau jenayah lain.
Bagi anda yang ingin memulakan kejaya sebagai pemandu e-panggilan ini atau sedang melakukannya, berikut kami kongsikan cara pendaftaran cara pembaharuan, dan cara pembatalan permit e-hailing bagi memudahkan urusan anda.
Kenderaan e-Hailing
Kenderaan e-hailing ialah kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan.
Apa yang membezakan kenderaan e-hailing ini dengan kenderaan awam seperti Teksi ialah cara penempahan atau transaksi, dan tambang bagi sesuatu perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.
Untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing ini, anda perlu memastikan anda mempunyai permit yang menyatakan anda boleh melakukan pekerjaan tersebut. Tanpa sebarang permit, anda boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman.
Apa itu Permit e-Hailing?
Permit e-hailing atau e-Hailing Vehicle Permit (eVP), diwujudkan bagi memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan terjamin. Melalui permit ini, pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas atau jenayah akan dapat dikenalpasti dengan mudah.
Hal ini demikian kerana, permit ini merupakan satu tanda pengenalan yang dibawa dan dipamerkan dalam setiap perkhidmatan e-panggilan. Ianya mengandungi maklumat utama seperti berikut:
- Nama pemandu.
- Nombor plate
- Maklumat kenderaan:
- Bilangan tempat duduk
- Warna kereta
Cara Pendaftaran Permit e-Hailing
Bagi anda yang berminat untuk menjadi pemandu kenderaan awam e-panggilan ini, pendaftaran eVP akan dilakukan oleh syarikat e-hailing tersebut.
Anda hanya perlu melakukan pendaftaran dengan syarikat tersebut dan sediakan dokumen yang diminta.
Setelah eVP anda diluluskan dan syarikat telah memuat naik eVP di aplikasi pemandu, anda perlu ke JPJ serta merta bagi melakukan pengisytiharaan kenderaan.
Pembaharuan & Pembatalan eVP
1. PEMBAHARUAN eVP
Bagi anda yang ingin menyambung atau memperbaharui permit e-hailing, seperti di bahagian pendaftaran sebelum ini, anda tidak perlu melakukan apa-apa. Kesemuanya akan dilakukan oleh syarikat e-hailing tersebut.
Anda hanya perlu melakukan pengisytiharaan kenderaan di JPJ, setelah eVP anda di muat naik ke aplikasi anda. Lihat Infografik yang disediakan APAD untuk maklumat yang lebih jelas.
2. PEMBATALAN eVP
Bagi anda yang ingin membatalkan permit e-hailing ini, anda boleh ikuti langkah di bawah untuk melakukan pembatalan permit:
- Mohon surat pembatalan eVP dari syarikat e-hailing.
- Lengkapkan borang yang diberikan dan hantar semula pada syarikat e-hailing.
- Muat turun surat pembatalan yang diberikan.
- Lakukan pemeriksaan khas (B2) di pusat Puspakom berdekatan anda.
- Ambil borang JPJK8(Pind.1/2016) di JPJ dan isi maklumat yang diminta.
- Pemandu perlu ke JPJ bagi proses tukar kegunaan kepada kenderaan persendirian, bersama dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan diri atau wakil
- Borang JPJK8(Pind.1/2016)
- Salinan surat pembatalan syarikat e-hailing
- Laporan pemeriksaan Puspakom
Baca juga: