Selain Bahasa Melayu yang mempunyai peribahasa, Bahasa Arab juga mempunyai peribahasa Bahasa Arab yang sering digunakan.
Peribahasa di dalam Bahasa Arab mempunyai pelbagai bentuk seperti memberikan nasihat dalam menuntut ilmu, nasihat dalam kehidupan dan sebagainya.
Adalah penting untuk setiap individu menghayati peribahasa ini yang mengandungi pelbagai maksud yang baik.
Maksud Peribahasa
Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai maksud yang tersirat.
Kadang-kala, peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh sekelompok masyarakat.
Di dalam Bahasa Arab, peribahasa Bahasa Arab dipanggil الأمثال العربية.
Senarai Peribahasa Bahasa Arab
Berikut merupakan senarai peribahasa di dalam bahasa ini iaitu:
Peribahasa | Maksud |
الطيور على أشكالها تقع (Enggang sama enggang, pipit sama pipit) | Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja |
ضرب العصفورَين بحجر واحد (Ibarat menyelam sambil minum air) | Melakukan dua pekerjaan dalam satu masa |
إن كنت ريحا فقد لاقيتَ إعصارًا (Buku bertemu ruas) | Bertemu dengan lawan yang sepadan |
من يزرع الشوك لا يحصد به العنب (Apa yang ditanam itulah yang tumbuh) | Jahat akan dibalas jahat, baik akan dibalas baik |
أن تسمع بالمعيدي خير من أن تراه (Indah khabar dari rupa) | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya |
كالمستجير من الرمضاء بالنار (Kerana mulut buaya masuk mulut harimau) | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi |
سبق السيف العذل (Nasi sudah menjadi bubur) | Tiada gunanya menyesal diatas perkara buruk yang telah berlaku |
لكل جواد كبوة، ولكل صارم نبوة، ولكل عالم هفوة (Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua) | Sepandai-pandai seseorang melakukan sesuatu perbuatan, sudah pasti akan tersilap juga |
وزي جزاء سنمار (Susu dibalas tuba) | Kebaikan dibalas dengan kejahatan |
حاميها حراميها (Harapkan pagar, pagar makan padi) | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita |
لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين (Pisang tidak berbuah dua kali) | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu berhati-hati |
إن المنبت لا أرضا قطع ولا ظهرا أبقى (Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran) | Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. |
التعليم في الصغر كالنقش على الحجر (Melentur buluh biarlah dari rebungnya) | Mendidik kanak-kanak biarlah ketika usianya masih kecil lagi |
ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ (Siapa bersungguh-sungguh dia akan mendapat hasil) | Orang yang berusaha pasti mendapat hasilnya |
ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ (Siapa berjalan di atas landasan maka akan sampai) | Siapa yang mengikut arah yang betul, dia akan sampai ke destinasi |
ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ (Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya) | Mereka yang selalu menipu, akan dijauhi oleh orang lain |
ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ (Bergaullah dengan orang yang mempunyai kejujuran dan tepat janji) | Kita perlu sentiasa mendampingi orang yang jujur agar tidak ditipu |
ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ (Cinta pada rakan itu, dapat dilihat pada waktu kesempitan) | Rakan akan diperlukan ketika kita dalam kesusahan |
ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ (Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan) | Pekerjaan akan menjadi mudah apabila bersabar |
أعط الخبز خبازه ولو أكل نصفه (Hanya jauhari yang mengenal manikam) | Hanya seseorang yang bijaksana yang mampu mengetahui keelokan dan kebaikan sesuatu ilmu |
قبل الرِّماءِ تُمْلأُ الكنائنُ (Sediakan payung sebelum hujan) | Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan |
ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ (Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat) | Badan yang sihat akan menghasilkan akal yang cerdas |
ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮٍ (Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah) | Mempunyai ilmu tetapi tidak beramal tiada gunanya |
Info Lanjut
Info lanjut mengenai peribahasa Bahasa Arab, sila tonton video berikut di pautan https://www.youtube.com/watch?v=jmPYer598D0.
Sumber: Nota Bahasa Arab dan Tinta Bahasa