Peperiksaan Tahun 6 Sarawak – Program Dwi Bahasa (DLP) 2025
Setelah kerajaan memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya sejak tahun 2021 yang lalu, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) mula diperkenalkan untuk memperkasakan lagi PBD dan PBS bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.
Namun baru-baru ini, Sarawak mengumumkan untuk melaksanakan Pentaksiran Standard untuk pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak di Tahun 6 mulai 2025, dan di Tingkatan 3 mulai 2028.
Baca juga:
- Sijil Menengah Agama (SMA) 2024 : Jadual Peperiksaan
- SMRA 2024 : Subjek Ditawarkan & Jadual Peperiksaan
- STPM 2025: Jadual Waktu Peperiksaan STPM Semester 1,2,3
Apa itu Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak ?
Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak adalah inisiatif yang akan dilaksanakan mulai tahun 2025 untuk murid Tahun Enam dan pada tahun 2028 untuk pelajar Tingkatan Tiga.
Penilaian ini akan melibatkan kerjasama dengan Cambridge University Press and Assessment, yang akan membantu dalam pembangunan instrumen penilaian serta memastikan standard yang ditetapkan setaraf dengan penanda aras antarabangsa.
Walaupun penilaian ini pada asalnya dirancang untuk sekolah kebangsaan di bawah skim DLP, perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan penyertaan sekolah-sekolah lain yang berminat.
Kerajaan Sarawak juga sedia berbincang dengan sekolah bukan di bawah DLP, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah swasta, yang berminat untuk menduduki peperiksaan penilaian standard ini.
Tujuan
Tujuan utama penilaian ini adalah untuk menilai kemajuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah program DLP di Sarawak.
Selain menilai tahap pemahaman pelajar, penilaian ini juga berfungsi sebagai persediaan awal untuk membantu mereka membina kemahiran dan keyakinan yang diperlukan bagi menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Langkah ini diambil bagi memastikan pelajar di Sarawak dapat bersaing secara adil dan jelas dengan rakan sebaya mereka, serta untuk menilai keberkesanan program DLP yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Sarawak.
Objektif
Objektif utama penilaian ini adalah untuk menilai tahap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah program DLP Sarawak
Tarikh Pelaksanaan
Sarawak akan untuk melaksanakan Pentaksiran Standard untuk pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak di ketetapan berikut:
- Peperiksaan Tahun 6 Sarawak – mulai 2025
- Peperiksaan Tingkatan 3 Sarawak – mulai 2028
KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT (MEITD) SARAWAK, DATO SRI ROLAND SAGAH WEE INN
Maklumat Lanjut
Secara keseluruhan, Penilaian Standard Program Dwi Bahasa Sarawak merupakan langkah proaktif dalam menilai dan meningkatkan kualiti pendidikan, khususnya dalam penguasaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan aspirasi pendidikan negeri dan negara.
Untuk ketahui informasi terkini berkaitan Penilaian Standard Program Dwi Bahasa Sarawak, sila ikuti Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS.