Apakah Penyakit X? Ini Fakta & Cara Pencegahannya

Baru sahaja kita kembali kepada kehidupan normal selepas pandemik COVID-19, tiba-tiba muncul pula istilah “penyakit X”, sejenis penyakit yang dijangka pakar kesihatan bakal menyerang seluruh dunia pada masa hadapan.

Sudah tentulah berita ini sesuatu yang menggusarkan, lebih-lebih ramai yan terkesan daripada pelbagai aspek ketika COVID-19 yang lalu.

Walau bagaimanapun, pengumuman awal mengenai Penyakit X ini kepada orang awam bukanlah untuk menimbulkan kegusaran sebaliknya ingin menimbulkan kesedaran dan kesiapsiagaan sekiranya penyakit itu benarr-benar menyerang pada masa hadapan.

1. Apa Itu “Penyakit X”?

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

WHO mengguna pakai nama ini untuk memastikan perancangan mereka cukup fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan patogen yang tidak diketahui (misalnya, vaksin yang lebih luas dan kemudahan pembuatan).

Kesukaran untuk mendapatkan vaksin ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, harus dijadikan iktibar agar semua pihak bersedia untuk menghadapi wabak yang bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga boleh menjejaskan ekonomi dunia.

Artikel berkaitan: Program Selangor Saring : Pengesanan Awal Penyakit Penduduk Selangor

2. Persediaan Malaysia

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan tentang kesiapsiagaan kementeriannya, termasuk dari segi pengawasan, peralatan dan kerjasama antara agensi untuk menangani “Penyakit X”.

Beliau berkata pengalaman kementerian dalam menangani wabak Covid-19 telah membantu mereka untuk sentiasa bersedia dan memberi perhatian kepada sebarang amaran mengenai penyakit baharu di Malaysia dan luar negara.

Beliau berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga dalam memantau penyakit itu.

Lindungi keluarga dan tingkatkan imuniti anak-anak dengan Vitamin C.

3. Pencegahan Pandemik Seterusnya

Kelewatan penghasilan vaksin ketika pandemik COVID-19 telah mengorbankan jutaan nyawa manusia.

Berikut merupakan antara langkah yang sedang dan boleh dilakukan untuk mengelakkan serangan pandemik yang seterunya yang disebabkan oleh Penyakit X:

  • Melabur dalam Pengawasan: Bangunkan sistem pengawasan global yang teguh untuk mengesan ancaman yang muncul lebih awal.
  • Galakkan Satu Kesihatan: Mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko.
  • Penggunaan Antibiotik yang Bertanggungjawab: Laksanakan pengawasan antimikrobial untuk memerangi patogen tahan dadah.
  • Memperkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan: Bina kapasiti dalam sistem penjagaan kesihatan untuk tindak balas wabak dan keperluan penjagaan kesihatan rutin.
  • Kerjasama Global: Memupuk kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.
  • Pelan Kesediaan: Membangunkan pelan persediaan wabak yang komprehensif, termasuk menimbun bekalan penting dan pasukan tindak balas pantas.

[ Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia ] : Penyakit X Dan Kesiapsiagaan Malaysia

Video : Penyakit X

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang penyakit ini melalui perkongsian dari liputan media:

Sumber : RTM

Apa yang perlu kita tahu mengenai Penyakit X? Ambil iktibar pandemik COVID-19, apa yang perlu dilakukan untuk pastikan sistem kesihatan negara bersedia menghadapi sebarang ancaman kesihatan awam baharu?

Ikuti diskusi berikut:

Sumber: Astro Awani

Potongan harga hingga 90% sempena 10.10 Sale di Shopee dengan barangan serendah RM1.00! Jom dapatkannya di SINI.

Bantu kami share artikel ini: