Pentaksiran formatif merujuk kepada penilaian yang dilakukan secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid, serta menyediakan maklum balas yang konstruktif bagi meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar.
Pentaksiran melalui kaeedah ini adalah salah satu pendekatan penting dalam sistem pendidikan moden.
Berbeza dengan pentaksiran sumatif yang dilakukan pada akhir sesi atau kursus, pentaksiran formatif memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pembelajaran.
Ciri-Ciri Pentaksiran Formatif
- Berterusan: Dilaksanakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, bukan hanya pada akhir unit atau semester.
- Pelbagai Teknik: Menggunakan pelbagai kaedah seperti soal jawab, pemerhatian, kuiz ringkas, dan tugasan kecil untuk menilai pemahaman pelajar.
- Maklum Balas Segera: Memberikan maklum balas segera kepada pelajar untuk membantu mereka memahami kekuatan dan kelemahan mereka.
Contoh perlaksanaan
Berikut merupakan antara cara pentaksiran ini dilaksanakan:
- Tugasan Kecil: Memberikan tugasan ringkas yang boleh diselesaikan dalam masa singkat untuk menilai pemahaman pelajar terhadap topik tertentu.
- Soal Jawab: Guru mengajukan soalan kepada pelajar semasa sesi pengajaran untuk menilai pemahaman mereka.
- Pemerhatian: Guru memerhatikan interaksi dan aktiviti pelajar dalam kelas untuk menilai kemahiran dan pemahaman mereka.
Dapatkan buku mengenai cara perlaksanan Pentaksiran Formatif di sini.
Perbezaan Antara Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Pentaksiran formatif berbeza daripada pentaksiran sumatif dari segi tujuan dan pelaksanaannya.
Pentaksiran sumatif
- Biasanya dilakukan pada akhir unit atau semester untuk menilai pencapaian keseluruhan pelajar, manakala
- Menggunakan kaedah penilaian lebih kuantitatif yang memberi keputusan jelas sama ada pelajar mencapai standard yang ditetapkan. Ia mengandungi ujian berstruktur yang menilai pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran.
Pentaksiran Formatif
- Menggunakan kaedah penilaian yang lebih kualitatif dan fleksibel seperti pemerhatian, perbincangan, kuiz dalam kelas, atau tugasan secara langsung.
- Lebih banyak berfokus pada proses pembelajaran dan memberi maklum balas langsung kepada pelajar untuk peningkatan berterusan.
Artikel berkaitan: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – Kaedah Pentaksiran
Kepentingan
Berikut merupakan antara kepentingan Pentaksiran Formatif:
- Meningkatkan Motivasi Pelajar: Maklum balas yang membina dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk terus belajar
- Meningkatkan Pemahaman Pelajar: Dengan maklum balas yang diberikan, pelajar dapat mengenal pasti area yang memerlukan penambahbaikan.
- Membantu Guru Menyesuaikan Pengajaran: Guru dapat menyesuaikan teknik pengajaran berdasarkan keperluan dan respons pelajar.