Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN merupakan salah satu produk simpanan popular yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Selain memberikan pulangan yang selamat, SSP BSN juga memberi peluang kepada penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Ini termasuk pelbagai kategori cabutan seperti Cabutan Jutawan, Cabutan Bulanan, Cabutan Wilayah dan macam-macam lagi.
Bagi yang tengah mencari info mengenai SSP BSN termasuk cara proses pengeluaran SSP BSN dan syarat yang perlu dipatuhi, anda boleh teruskan membaca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan BSN Online? – Ini Cara Tukar Password MyBSN
Apa Itu SSP BSN?
BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi hadiah cabutan yang menarik.
Ia adalah produk simpanan patuh Syariah yang dibuka kepada pelanggan individu seawal usia 12 tahun. BSN SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Secara mudahnya, anda menyimpan sambil berpeluang untuk menang cabutan bertuah (kalau ada rezeki).
Jumlah Cabutan SSP BSN 2025
Untuk 2025, BSN SSP menawarkan sebelas (11) kategori cabutan seperti dibawah:
- Cabutan Jutawan
- Cabutan Bulanan
- Cabutan Negeri
- Cabutan Penyimpan Baharu
- Cabutan Penyimpan Muda
- Cabutan Kesetiaan
- Cabutan Kerjaya / Segmen
- Cabutan Akaun Gaji
- Cabutan Penyimpan Konsisten
- Cabutan Perayaan
- Cabutan Kasih
Tempoh Kempen 2025
1 Januari 2025 – 31 Disember 2025
Syarat kelayakan untuk Cabutan Penyimpan Baharu
- Pelanggan perlu membuat simpanan minimum RM500 dan juga mestilah Pelanggan Baru kepada Bank.
- Pelanggan juga mesti mematuhi syarat bahawa pelanggan perlu berumur 12 tahun dan ke atas.
- Pelanggan baharu bank ditakrifkan sebagai pelanggan yang membuka akaun BSN SSP 12 bulan sebelum tarikh cabutan.
Panduan Simpanan BSN SSP
Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP).
Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih Bahasa.
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM / Debit BSN
- Pilih Bahasa.
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
- Pilih Bahasa.
- Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
Melalui Perbankan Internet myBSN
- Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.bsn.com.my.
- Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
- Piilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
- EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
- Simpanan maksimum adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
Tempoh Matang SSP BSN
Tempoh matang SSP BSN adalah 45 hari. Selepas tempoh ini, anda boleh mengeluarkan duit anda sekiranya anda nak perlu atau nak keluarkan. Tak perlu tunggu lama-lama.
Selain tu, tempoh matang yang pendek ini membolehkan anda update sijil dan sertai lebih banyak cabutan bertuah yang BSN buat. Lagi banyak sijil, lagi tinggi peluang nak menang hadiah!
Prosedur Pengeluaran SSP BSN di Cawangan BSN
PENTING!
Apabila hendak melakukan pengeluaran SSP BSN, anda perlu tahu tahu 2 perkara penting berikut terlebih dahulu:
1. Tempoh Simpanan Minimum
Pengeluaran SSP BSN boleh dilakukan hanya selepas 45 hari simpanan. Kalau dah lebih 45 hari, anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk melakukan penebusan. Jangan lupa bawa kad pengenalan sekali untuk pengesahan.
Penebusan sebelum cukup tempoh 45 hari adalah berdasarkan pertimbangan tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Anda perlu ke cawangan BSN untuk membuat permohonan pengeluaran. Sekiranya menepati syarat, permohonan anda akan diluluskan.
2. SSP Platinum
Untuk yang ada SSP Platinum, tempoh matang dia 12 bulan. Tapi, kalau nak keluarkan awal sebelum tempoh matang pun boleh, cuma kena ikut terma dan syarat yang BSN tetapkan. Make sure Anda faham betul-betul syarat-syarat ni sebelum buat keputusan.
Cara Keluarkan Duit SSP BSN – Boleh ke Melalui ATM dan Online?
Soalan ni ramai yang tanya, boleh ke keluarkan duit SSP BSN melalui ATM atau online banking? Jawapannya TAK BOLEH.
Penebusan SSP BSN boleh dilakukan di kaunter BSN sahaja. Hal ini kerana, terdapat proses pengesahan identiti dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Jadi, anda perlu datang sendiri ke cawangan BSN terdekat untuk melakukan pengeluaran SSP BSN. Anda boleh rujuk langka-langkah terperinci di bawah:
1. Buat temu janji/ambil nombor giliran
Ada beberapa cawangan BSN yang mungkin perlukan anda buat temu janji terlebih dahulu. Sekiranya tidak perlu, anda boleh terus walk-in untuk ambil nombor giliran.
2. Bawa kad pengenalan
Jangan lupa bawa kad pengenalan atau dokumen pengesahan lain yang diperlukan.
3. Isi Borang Penebusan
Anda akan diminta untuk mengisi borang penebusan. Jangan risau, staff BSN akan bantu anda untuk memastikan semua maklumat diisi dengan betul.
4. Proses Pengesahan
Anda perlu menunggu proses pengesahan. Proses ini mungkin akan mengambil masa sedikit terutamanya jika terdapat banyak pelanggan.
5. Terima Resit & Selesai
Selepas semua prosedur selesai, anda akan menerima duit SSP dan resit sebagai bukti penebusan.
Kelebihan Menyimpan dengan Sijil Simpanan Premium BSN
Berikut ialah beberapa kelebihan menyimpan dengan SSP BSN:
- Dengan cabutan bertuah yang kerap diadakan, Anda berpeluang menang hadiah wang tunai, kereta, dan banyak lagi hadiah menarik.
- Walaupun tak ada faedah macam simpanan biasa, SSP bagi pulangan melalui hadiah cabutan.
- Produk simpanan BSN ni memang selamat sebab diuruskan oleh bank yang kukuh.
- Duit yang disimpan dalam SSP tak akan hilang, jadi anda tak perlu risau tentang risiko kerugian.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi BSN. Atau, ikuti media sosial rasmi BSN:
- Facebook BSN Malaysia
- Tiktok BSN Malaysia
Rujukan:
Cara Keluarkan Duit SSP BSN Melalui ATM dan Cawangan – BSNonline.app