Pengeluaran Khas One-off LTAT RM500 Sempena Jubli Emas

pengeluaran khas ltat
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

YB Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan pengeluaran khas maksimum sehingga RM500 secara ‘one-off’ kepada pencarum LTAT sempena sambutan Jubli Emas ke-50 LTAT.

Permohonan ini boleh dibuat melalui Aplikasi MyWira mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022 dan pembayaran pertama akan dilaksanakan bermula 19 hingga 23 Disember 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran Khas ini.

pengeluaran khas ltat

Pencarum LTAT Ditawar Pengeluaran Khas Maksimum RM500 Melalui Inisiatif Transformasi LTAT

Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.
Menurutnya, jumlah maksimum pengeluaran yang ditawarkan adalah RM500 secara ‘one off’.

“Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember ini.
“Pembayaran pertama pula akan dilaksanakan bermula 19 Disember hingga 23 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun dengan tema Transformasi Nadi LTAT di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri lkmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Sri Muez Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Pengerusi LTAT Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, sambutan Jubli Emas ini memberi peluang kepada LTAT untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utamanya iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberikan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada LTAT.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencarum.

“Sambutan Jubli Emas ini juga adalah untuk mengiktiraf peranan LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT seperti Kumpulan Boustead, Kumpulan Affin dan Pharmaniaga Bhd serta impak yang dibawa terutama kepada pencarum LTAT sepanjang 50 tahun lalu serta perancangan masa depan LTAT dalam meneruskan perjalanan transformasinya ke arah menjadi dana persaraan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Pendaftaran Aplikasi MyWira LTAT

Aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN:
  1. Muat turun aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.
  2. Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.
  3. Isikan butiran diri yang tepat. Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktif.
  4. Isikan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar / emel yang telah anda daftarkan ke di dalam kotak berkenaan.
  5. Pendaftaran berjaya. Tekan SELESAI dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu.

NOTA: Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi ini.

Muat Turun

Jom muat turun aplikasi MyWira melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Sila ke pautan berikut untuk memuat turun: https://www.ltat.org.my/members/mywira/

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk:

Jabatan Pengurusan Pencarum
Tingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Waktu Operasi Kaunter LTAT:

KAUNTER 
ISNIN – KHAMIS :8.30 AM – 5.30 PM
JUMAAT :8.30 AM – 12.00 PM
 2.15 PM – 5.30 PM
TALIAN BEBAS TOL 
ISNIN – KHAMIS :8.30 AM – 1.00 PM
 2.00 PM – 5.30 PM
JUMAAT :8.30 AM – 12.00 PM
 2.15 PM – 5.30 PM

Baca juga: SPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

i-Wira LTAT: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Caruman

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut