Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana

Pengakap merupakan salah satu unit badan beruniform yang popular di sekolah dan badan beruniform ini biasanya wujud di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kebiasaanya, pengakap lebih popular berbanding pasukan unit beruniform yang lain memandangkan badan beruniform ini biasanya akan menganjurkan aktviti perkhemahan tahunan di peringkat sekolah mahupun daerah dan negeri.

Sejarah Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belwania dan beliawanis.

Ia sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement.

Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.

Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016).

Laman web Persatuan Pengakap Malaysia boleh dilayari di alamat https://www.pengakapmalaysia.org/

Logo Pengakap Malaysia

logo pengakap malaysia
  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
    • Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara
    • Menolong orang setiap masa
    • Menurut undang-undang Pengakap
  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
  • Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
  • Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
  • Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
    • Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
    • Hijau – “Pengakap Muda”,
    • Merah – “Pengakap Remaja”

Lagu Pengakap

Berikut merupakan lirik lagu Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia yang turut digunakan untuk persatuan pengakap di peringkat sekolah:

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Pakaian uniform Pengakap Sekolah

Berikut merupakan tatacara pemakaian pakaian seragam di sekolah bagi Pengakap Kanak-Kanak:

uniform pengakap sekolah
Pengakap Kanak-Kanak

Artikel berkaitan: Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS): Sejarah, Uniform, Logo

Skim Latihan dan Lencana Pengakap Kanak-kanak

Di peringkat sekolah rendah, ahli pengakap dikenali sebagai Pengakap Kanak-Kanak (PKK).

Pelaksanaan ujian Skim Lencana Keahlian, Lencana Wajib, Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian boleh dijalankan diperingkat sekolah.

Pengetua / Guru Besar merupakan Kuasa Penganjur berfungsi sebagai pengesah kepada semua Skim Latihan dan Sijil Lulus Lencana yang dijalankan.

Ahli PKK di sekolah anda boleh juga mengikuti Ujian Lencana di peringkat Daerah atau Negeri di mana Sijil Penganugerahan Lencana akan ditanda tangani oleh Ketua Kursus atau Pesuruhjaya Daerah / Negeri itu sendiri.

Secara khususnya, Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

  1. Lencana Keahlian.
  2. Lencana Wajib.
  3. Lencana Kemajuan.
  4. Lencana Kepandaian.
  5. Anugerah Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak.

Kesimpulan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak adalah seperti mana berikut:

Hormat Pengakap

Bagi ahli Pengakap termasuklah pengakap sekolah, anda akan diajar untuk melakukan Hormat Pengakap untuk pelbagai situasi tertentu.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hormat Pengakap:

Bantu kami share artikel ini: