Sekiranya anda adalah seorang pencarum KWSP, anda wajib tahu mengenai penamaan KWSP bagi memastikan caruman KWSP anda diuruskan dengan sebaiknya selepas kematian anda.
Ramai rakyat Malaysia yang mencarum KWSP terlepas pandang atau mengambil mudah akan perkara ini sehingga waris mereka menghadapi kesukaran untuk menuntut wang pencarum.
Ini merupakan satu kerugian besar dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk mendaftarkan penama KWSP bagi akaun KWS anda!
Kepentingan Penamaan KWSP
- Memendekkan proses pengeluaran
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
- Memastikan waris mewarisi simpanan anda
Salah Faham Mengenai Penama KWSP
Antara salah faham umur mengenai penama KWSP adalah individu yang dilantik sebagai penama KWSP bukanlah pemegang mutlak harta pusaka tersebut sebaliknya hanya dilantik untuk menguruskan wang caruman pemilik yang meninggal dunia.
Penama hanya bertindak sebagai pengurus tadbir wang tersebut dan wang tersebut masih perlu dibahagikan secara hukum faraid (bagi orang Islam).
Sekiranya penama bertindak tidak jujur dengan tidak mengagihkan wang tersebut kepada waris si mati mengikut faraid, maka waris boleh memohon mahkamah mengeluarkan sijil faraid kepada penama agar wang tersebut dituntut untuk diagihkan secara faraid.
Namun sekiranya penama masih enggan berbuat demikian, maka tindakan sama boleh diambil oleh waris kepada penama.
Sekiranya terdapat kekeliruan mengenai perkara ini disaran untuk anda rujuk kepada peguam yang bertauliah bagi menjernihkan sebarang kemusykilan yang timbul.
Implikasi Ahli KWSP Membuat Penamaan & Tanpa Penamaan
Fahami kepentingan membuat penamaan dan implikasi jika tiada penamaan dibuat.
Mitos | Fakta |
---|---|
Simpanan akan dipindahkan ke ARB jika tidak dituntut | Simpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun |
Kematian membatalkan keseluruhan penamaan | Hanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatal |
Waris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARB | Bagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli |
Individu Yang Layak Membuat Penamaan
Jangan bertangguh! Sekiranya anda sudah cukup syarat-syarat yang berikut, anda sudah layak membuat penamaan bagi pihak anda.
- Berumur 18 tahun katas
- Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap
- Penamaan dibuat oleh pencarum/ahli sendiri
- Melengkapkan Borang KWSP 4 dengan lengkap
Individu Yang Layak Dinamakan
Bagi memastikan usaha anda membuat penamaan KWSP tidak sia-sia dan mencapai objektifnya, maka individu yang ingin dinamakan mestilah menepati syarat-syarat yang berikut:
- Bagi yang Islam – menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam
- Bagi bukan Islam – menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli.
- Pencarum (Islam dan Bukan Islam) boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama dimana ARB akan menguruskan 100% harta tersebut
Artikel berkaitan: Semakan Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021 (6.1%)
Langkah Membuat Penamaan KWSP Secara Online
Jom buat penamaan dengan mengikuti 6 langkah berikut!
Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination untuk info lanjut.