Pembimbing Rakan Sebaya (PRS): Matlamat & Peranan PRS

Kebanyakan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai pelajar yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Apakah yang dimaksudkan dengan PRS?

Sejarah Pembimbing Rakan Sebaya

PRS telahpun diperkenalkan di Sekolah Menengah di Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus Kejurulatihan bagi kumpulan pertama.

Program ini diwujudkan bagi meringankan beban para kaunselor di sekolah dalam menangani masalah pelajar di sekolah yang semakin bertambah.

Pengaruh rakan sebaya dalam kalangan pelajar-pelajar boleh menjadi satu tenaga penggerak yang hebat untuk membimbing rakan-rakan ke arah perkembangan positif dalam membina diri. 

Walau bagaimanapun, konsep menggunakan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan sendiri bukanlah satu konsep yang baru kerana konsep ini adalah konsep sejagat yang terdapat di mana-mana masyarakat tanpa mengira umur.

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya

Falsafah PRS adalah “Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain.” 

Ini kerana dalam usaha membantu rakan, mereka mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri.

Oleh itu, mereka seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

Rasional Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya

Rasional penubuhan PRS di sekolah adalah:

  • Guru Bimbingan belum mencukupi untuk menampung tuntutan khidmat ini yang makinbertambah. PRS merupakan khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dankaunseling.
  • Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluranlagi bagi pelajar berkongsi kebimbingan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapatdikongsikan dengan orang dewasa.
  • Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan, mereka juga bolehmempengaruhi rakan secara positif. Mereka dilatih terlebih dahulu bagaimanamempengaruhi rakan secara positif.
  • Cabaran remaja makin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan. PRS yang terlatih boleh membantu pelajar membina perlakuan yang lebih diterima melalui contoh teladandan perhubungan yang terbuka.
  • Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh rakan sebayamemainkan peranan penting dalam hidup mereka. PRS boleh memainkan peranan dalammempengaruhi rakan secara positif.

Matlamat Penubuhan Pemimpin Rakan Sebaya

Matlamat PRS ditubuhkan adalah untuk:

  • Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
  • Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
  • Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  • Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.

Peranan Pemimpin Rakan Sebaya

PRS di sekolah perlulah memainkan peranan berikut:

  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan keliling.
  • Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  • Pelajar yang menjadi contoh kepada pelajar lain.
  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan bersimpati.
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  • Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
  • Mematuhi etika kerahsiaan.
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  • Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  • Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Etika Pembimbing Rakan Sebaya

Sebagai salah seorang PRS, pelajar perlulah mempunyai etika berikut:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.

Modul Pembimbing Rakan Sebaya

Modul PRS boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!