Semua peniaga, penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan mulai 1 Januari 2023 ini.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan itu.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang penguatkuasaan berkenaan.
Semua Peniaga / Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka
“Merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor, mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2023.”
“Semua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.”
“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.”
Portal kerajaan negeri, Selangorkini, memetik Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain sebagai berkata keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor itu dibuat pada 7 September lalu dalam mesyuarat bulanannya.
“Langkah ini adalah untuk memastikan pekerja yang mengendalikan mananan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan,” katanya.
Tarikh Kuatkuasa
1 Januari 2023
Baca juga: