Parlimen Dibubarkan Hari Ini – PM Ismail Sabri

parlimen dibubarkan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Yang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini – PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

perutusan khas perdana menteri 10 oktober 2022

Parlimen Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini, 10 Oktober 2022

“Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

PM turut mengesyorkan kerajaan negeri, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor bubar DUN pada tarikh sama, iaitu hari ini.

Menyentuh tentang PRU-15, tarikh hari penamaan calon, hari mengundi dan urusan lain berkaitan tertakluk keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pembubaran dilaksana bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘tebuk atap’, jelas beliau.

Semakan Daftar Pemilih SPR

Bagi pengundi yang masih belum membuat semakan daftar pengundi, sila rujuk langkah-langkah membuat semakan berikut:

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri ini secara langsung melalui media utama :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut