Temasya Sukma 2024 sudah melabuhkan tirainya dan kini tiba pula untuk berlangsungnya Para Sukma 2024.
Sukan Para SUKMA dianjurkan khas untuk atlet – atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) mengikut kategori masing – masing selepas berakhir penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri yang terlibat.
Secara keseluruhan, seramai 2,111 atlet dan pegawai yang mewakili 15 kontinjen dari seluruh negara akan menyertai temasya kali ini.
Acara pembukaan dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala penutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Stadium Perpaduan, Petrajaya.
Juara edisi lalu, Sabah hadir sebagai juara bertahan da sudah pasti akan menghantar pasukan terkuat bagi mempertahankan kejuaraan pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 22 September ini.
Tuan rumah
Seperti edisi-edisi sebelum ini, tuan rumah bagi Para Sukma sama dengan pemilhan tuan rumah bagi Sukma.
Memandangkan Sarawak merupakan tuan rumah bagi temasya Sukma tahun ini, maka Sarawak juga akan menjadi tuan rumah bagi Para Sukma kali ini.
Jawatankuasa Para SUKMA 2024 juga merupakan jawatankuasa SUKMA 2024 yang menggalas tugas dan tanggungjawab sama cuma beberapa perkara khususnya dari segi logistik perlu diubah suai mengikut keperluan atlet para.
Artikel berkaitan: SUKMA 2024 Sarawak – Tarikh & Jadual Acara
Tarikh
Temasya Para Sukma akan berlangsung bermula 23 hingga 28 September 2024.
Senarai sukan dipertandingkan
Sebanyak 10 acara akan dipertandingkan dalam temasya Para Sukma Sarawak 2024 ini iaitu:
- Olahraga
- Renang
- Badminton
- Pingpong
- Boling tenpin
- Boccia
- Boling padang
- Angkat berat
- Memanah
- Catur
Sejarah dan Latarbelakang Sukan Para
Sukan Para Malaysia (Para Sukma) merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan untuk atlet orang kurang upaya dari seluruh Malaysia.
Temasya sukan ini sebelumnya dikenali sebagai Sukan Kebangsaan Bagi Orang Cacat Anggota Malaysia, namun pada tahun 1998 nama temasya ini diubah kepada Sukan Paralimpiad Malaysia.
Pada edisi 2018, nama temasya ini sekali lagi diubah kepada Sukan Para Malaysia.
Temasya ini mula diadakan pada tahun 1982 dan dijalankan setiap dua tahun. Pada mulanya, temasya ini diadakan berasingan daripada Sukan Malaysia.
Namun pada tahun 2010, temasya ini mula diadakan bersama Sukan Malaysia iaitu sebaik sahaja Sukan Malaysia tamat dan dikelola oleh negeri tuan rumah yang sama.
Mengikut giliran, Para Sukma 2024 akan diadakan di Sarawak.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Para Sukma Sarawak 2024 di alamat https://para.sukmasarawak2024.my/web/home/index/