Koleksi Pantun Raya 2025 – Kongsikan Bersama Rakan & Ahli Keluarga!
Pejam celik pejam celik, Hari Raya pun dah nak tiba.
Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita untuk menjalani bulan suci Ramadan kali ini. Semoga segala amal baik kita diterima Allah.
Kemeriahan Aidilfitri selalunya diserikan dengan ucapan-ucapan selamat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Apa kata tahun ini, anda kongsikan pula pantun Raya sebagai pengganti ucapan. Barulah syok!
Berikut dikongsikan koleksi & contoh pantun Raya untuk tahun 2025.
BACA JUGA: 20 Jenis Balang Kuih Raya Yang Kedap Udara
40 Contoh Pantun Raya 2025
1.
Hari Raya di bumi Malaysia,
Baju baru berwarna ceria,
Keluarga berkumpul tidak sia-sia,
Maaf dipinta di pagi raya.
2.
Meja penuh di pagi raya,
Keluarga berkumpul penuh gembira;
Mari bersama rayakan hari raya,
Maaf dipinta, kasih tidak terkira.
3.
Suara takbir bergema indah,
Ketupat rendang dihidang rapi,
Bertemu keluarga di rumah,
Selamat Hari Raya, jangan main mercun api!
4.
Dari jauh terdengar takbir,
Sayup-sayup terbawa suasana,
Hari ini puasa terakhir,
Esok nak raya mana?
5.
Jarum patah di dalam peti,
Makan kurma buka puasa,
Raya datang membelai hati,
Maaf zahir batin jika ada terasa.
6.
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
7.
Pergi ke kedai membeli santan,
Santan di letak di atas peti,
Silap dan salah minta dimaafkan,
Jangan disimpan di dalam hati.
8.
Walau jauh bukan halangan,
WhatsApp dihantar tanda ingatan,
Maaf ku pohon selama berkawan,
Salam aidilfitri, anak bulan dah kelihatan!
9.
Baju baru berwarna-warni,
Kegembiraan jelas terpancar dari hati,
Mari kita merayakan hari ini,
Moga silaturrahim terjalin sehingga mati.
10.
Baju raya warna merah,
Kepunyaan anak Mak Rahimah,
Hari raya saling ziarah-menziarah,
Barulah hubungan mesra dan berkah.
11.
Dalam senyuman kita bersua,
Dalam doa kita bersatu,
Di hari raya yang kedua,
Jangan lupa bantu-membantu.
12.
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
13.
Syawal datang berakhirlah puasa,
Takbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun dipinta bersihkan jiwa.
14.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon maaf kekhilafan diri.
15.
Bunga api cantik berseri,
Pelita bulu menghiasa halaman;
Hari Raya menjelma lagi,
Tangan dihulur bermaaf-maafan.
16.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
17.
Ketupat pulut jatuh dalam paya,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Pagi raya jangan lupa gosok gigi!
18.
Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal menanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
19.
Pohon Jambu pohon Mengkudu,
Dahan dipotong dibuat ampaian,
Ramadan berlalu pasti rindu,
Syawal diraih penuh kesyukuran.
20.
Anak lembu, anak biri-biri,
Selamat Hari Raya Aildilfitri!
21.
Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan,
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan.
22.
Asam paya buahnya manis,
Bawa dari Sungai Tongkang,
Pagi raya duduk menangis,
Mengenang diri di rantau orang.
Burung putuh meniti di batang,
Batang manggis condong ke paya,
Kebaya labuh bersanggul lintang,
Senyum manis di pagi raya.
23.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
24.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
25.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
26.
Disisir diandam dengan cekap,
Dipotong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Marilah kita menyambut hari raya.
27.
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
28.
Katak kenyang laku tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
29.
Meja dihias dengan bunga telur,
Diberi tetamu sebagai tanda,
Ramadan ajar kita bersyukur,
Syawal sambut penuh agenda.
30.
Meja penuh dengan juadah sedap,
Tetamu ditunggu siapa yang datang,
Bulan ramadan kita puasa lengkap,
Syawal tiba mari makan lemang!
31.
Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan,
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan
32.
Kuih semperit dalam balang,
Biskut coklat menggoda pula,
Makan banyak perut pun kembang,
Raya kedua baru diet semula!
33.
Lemang dipanggang enak dimakan,
Kuah kacang cicah ketupat,
Hari Raya kita raikan,
Buang yang keruh ambil yang… dekat!
34.
Cahaya pelita bersinar terang,
Malam raya meriah berseri,
Ampun maaf dipohon sekarang,
Moga bahagia selamanya nanti!
35.
Mercun berdentum riuh rendah,
Budak-budak lari ke dapur,
Hari Raya datang sudah,
Salah silap harap diampun.
36.
Kuih tart enak dimakan,
Air sirap sejuk terasa,
Salam dihulur tanda kemaafan,
Selamat Hari Raya, habis dah puasa!
37.
Kuih bangkit dibuat ibu,
Biskut almond dipesan satu,
Hari Raya senyum selalu,
Jangan gaduh dengan menantu!
38.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
39.
Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara Jepung dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling memaafkan.
40.
Bangun pagi terus bersiap,
Makan rendang ibu masakkan,
Kalau ada salah silap,
DM WhatsApp kita settlekan!
Kesimpulan
Marilah kita menyambut bulan Syawal dengan penuh kesyukuran dan keseronokkan. Nikmati masa-masa indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga hari raya tahun ini membawa makna yang indah untuk anda. Selamat Hari Raya!