Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan sebuah cabang perkhidmatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TUDM mempunyai sistem pangkat yang tersendiri yang berbeza dengan TDM dan TLDM.
Mengikut Kamus Dewan dan Pustaka, salah satu maksud “pangkat” adalah “tingkatan kedudukan dlm kerja”.
Pangkat dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan hanya menandakan kedudukan seseorang individu dalam hierarki TUDM semata-mata, tetapi juga meliputi tanggungjawab yang digalas oleh individu tersebut.
Kepentingan pangkat dalam pasukan tentera
Pangkat dalam pasukan tentera adalah satu sistem perhubungan hierarki dalam angkatan tentera, polis, agensi perisikan atau institusi lain yang disusun bersama kelompok tentera.
Lazimnya, pakaian seragam menandakan pangkat si pemakai dengan lencana khusus yang diletakkan pada pakaian seragam.
Sistem pangkat yang dilaksanakan bagi kebanyakkan sejarah ketenteraan membawa kelebihan buat operasi tentera, terutamanya dari segi logistik, pemerintahan, dan penyelarasan; seperti mana masa berterusan dan operasi tentera menjadi lebih besar dan lebih rumit, pangkat tentera bertambah dan sistem pangkat sendiri menjadi lebih rumit.
Pangkat dalam TUDM\
Berikut merupakan beberapa pangkat tertinggi dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) :
Marsyal TUDM (Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia) – Pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM). Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong.
Jeneral TUDM – Pangkat TUDM yang setaraf empat bintang, setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain iaitu Jeneral dan Laksamana. Ia mula digunakan pada tahun 2000 apabila Panglima Tentera Udara, Dato’ Seri Ahmad Saruji bin Che Ros dinaikkan pangkat menjadi orang pertama memegang pangkat tersebut.
Leftenan Jeneral TUDM – Salah satu pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia dan dahulunya ditulis sebagai Leftenan Jeneral (Udara). TUDM menukar sistem pangkat mereka kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia bagi mengurangkan kekeliruan dikalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga perkhidmatan.
Mejar Jeneral TUDM – Salah satu pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia. ianya lebih kanan dari pangkat Brigedier Jeneral TUDM tetapi lebih junior dari Leftenan Jeneral TUDM.
Brigedier Jeneral TUDM – Pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia yang paling rendah atau yang paling junior. Ianya setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Laksamana Pertama.
Artikel berkaitan: Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) & Lencana
Persamaan Pangkat Dalam ATM
Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan gelaran pangkat yang berbeza antara satu sama lain.
Berikut merupakan perbandingan nama dan persamaan taraf pangkat dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini:
TLDM | TDM | TUDM |
Laksamana Armada-LKADA | Field Marshal | Marshal of The Airforce |
Laksamana-LKSMN | Jeneral | Jeneral (U) |
Laksamana Madya-LAKSDYA | Leftenan Jeneral | Leftenan Jeneral (U) |
Laksamana Muda-LAKSDA | Major Jeneral | Major Jeneral (U) |
Laksamana Pertama-LAKSMA | Brigadier Jeneral | Brigadier Jeneral (U) |
Kepten-KEPT | Kolonel | Kolonel (U) |
Komander-KDR | Leftenan Kolonel | Leftenan Kolonel (U) |
Leftenan Komander-LT KDR | Major | Major (U) |
Leftenan-LT | Kapten | Kapten (U) |
Leftenan Madya-LT DYA | Leftenan | Leftenan (U) |
Leftenan Muda-LT MDA | Leftenan Muda | Leftenan Muda (U) |
Kadet Kanan-KDT KN | – | – |
Kadet-KDT | Kadet | Kadet |