Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum

Pakaian Tradisional Mewakili Suku Kaum Di Malaysia Mengikut Negeri

Baju kurung adalah salah satu contoh pakaian tradisional Malaysia yang sering mendapat tempat di kalangan kaum lain di Malaysia kerana ia selesa dipakai.

Tapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis baju kurung dan baju tradisional yang unik bagi setiap negeri / suku kaum.

Keunikan inilah yang menjadikan menyerlahkan lagi unsur kepelbagaian suku kaum di Malaysia.

Ayuh, kita telusuri busana tradisional bagi setiap suku kaum dan negeri di Malaysia.

Pakaian Tradisional Mengikut Suku Kaum

Setiap kaum mempunyai keunikan dan pakaian tradisional yang tersendiri.

Pakaian tradisional ini bukan sahaja melambangkan sesebuah kaum malah ia juga turut menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni kerana mempunyai pelbagai kaum yang saling hormat-menghormati.

Oleh itu, mari kita lihat keunikan pakaian tradisional bagi kaum Melayu, Cina dan India.

pakaian tradisional malaysia
pakaian tradisional malaysia
pakaian tradisional malaysia

Sumber : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum

Selain daripada keunikan berbilang kaum di Malaysia, setiap negeri juga mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi pemakaian dan budaya.

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang perbezaan bagi setiapnya.

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL PERAK

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL PAHANG

Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 – an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu.

Busana ini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan.

Yang membezakannya dengan baju kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.

PAKAIAN TRADISIONAL MELAKA

PAKAIAN TRADISIONAL PULAU PINANG

PAKAIAN TRADISIONAL KEDAH

PAKAIAN TRADISIONAL PERLIS

PAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN

PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Baju Kurung Ibu Soko merupakan busana tradisional Negeri Sembilan. Ibu Soko merujuk kepada wanita atau perempuan yang berilmu dan berpengalaman tentang peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.

Baju Kurung Ibu Soko ini mempunyai leher Telok Belanga jahitan Tulang Belut dan mempunyai kain ikatan Tindih Kasih. Potongan baju ini pula berbentuk kembang payung, berpesak dan berkekek.

Busana yang digayakan ibu soko adalah berbeza mengikut daerah di Negeri Sembilan. Ibu Soko daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai kain samping ikatan ombak beralun di pinggang. Ibu Soko di daerah Jelebu memakai ikatan kain samping pada kedudukan paras dada.

Ikatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang tertentu, iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus dipertanggungjawabkan, tidak boleh berbuat semena-mena dalam bertindak.

Ibu Soko sering menggayakan ikatan kepala yang dipanggil telepok panggilan dikenali di daerah Kuala Pilah atau tengkolok di daerah yang lain. Telepok bukannya kain gerus yang dikenali umum tetapi berasal daripada perkataan lepok bahasa daerah negeri yang bermaksud terletak kedudukannya. Bentuk tengkolok ini datar di tengah-tengah bermaksud tempat musyawarah, melenggong ke kiri dan kanan, mencari kata sepakat seperti kata perbilangan ‘bulat air dek pembetung, buat kata dek muafakat’. Ibu Soko sering menggunakan selempang yang melambangkan kebesaran serta tanggungjwab terhadap beban, hak dan kewajipan yang menjadi tanggungjawabnya.

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL SELANGOR

pakaian tradisional malaysia

Kebaya Selangor merupakan hasil asimilasi melalui perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di Raja Perak dan Kedah. Di Selangor, Pemakaian baju Kebaya yang Labuh dan longgar telah mula dilihat semenjak awal abad ke- 19 dan tersebar ke seluruh daerah Selangor.

Kebaya Selangor atau dipanggil The Malay Dress dipadankan dengan kain sarung dan dipakai ketika melakukan aktiviti seharian dan menghadiri majlis perkahwinan. 

Antara ciri Kebaya Selangor ialah berpesak empat dihadapan, lurus, longgar dan berkekek. Selain itu bajunya labuh melepasi lutut, dipakai secara selisih, dilipat sedikit dibahagian leher dan disemat dengan kerongsang. 

Baju Kebaya Selangor bersifat longgar seperti baju kurung tradisional dan berbelah dihadapan. Kebaya Selangor dipadankan dengan kain songket, tenun Bugis atau batik mengikut kemampuan atau status pemakai. Kini penggunaan baju kebaya telah divariaikan mengikutyi citarasa si pemakai.

PAKAIAN TRADISIONAL SABAH

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK

pakaian tradisional malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

*Sumber :

Baca juga: Tema, Konsep & Logo Hari Malaysia 2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!