PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah

PADANS
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam usaha membasmi kemiskinan secara efektif, kerajaan negeri Sabah telah membangunkan PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah, satu pangkalan data komprehensif yang berperanan mengumpul, menyimpan, dan mengemaskini maklumat berkaitan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Sistem ini diwujudkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa keciciran, selain memudahkan pemantauan serta pelaksanaan program intervensi yang lebih berkesan.

Dengan adanya PADANS, data kemiskinan dapat dikendalikan secara sistematik dan bersepadu, sekaligus membolehkan pihak berkuasa dan agensi berkaitan mengambil tindakan tepat dalam menangani isu kemiskinan di Sabah.

Baca juga: SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Pengenalan PADANS

PADANS

PADANS, atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah, adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk mengumpul dan mengurus data kemiskinan di negeri tersebut.

Sistem ini berfungsi sebagai pangkalan data komprehensif yang menyimpan maklumat mengenai Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Objektif & Tujuan PADANS

Tujuan utama PADANS adalah untuk memastikan data kemiskinan di Sabah sentiasa dikemas kini dan tepat, bagi memudahkan penyaluran bantuan serta pelaksanaan program intervensi yang lebih berkesan.

Melalui PADANS, kerajaan dapat mengenal pasti golongan sasar dengan lebih tepat dan memastikan tiada individu atau keluarga yang tercicir daripada menerima bantuan yang layak mereka peroleh. Sistem ini juga membolehkan kerjasama antara agensi kerajaan dan wakil rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah.

Baca juga: Rayuan SKAS : Syarat, Tarikh & Panduan Permohonan

Cara Mendaftar & Log Masuk Akaun

PENDAFTARAN PERTAMA KALI

Berikut adalah cara lengkap untuk membuat pendaftaran akaun PADANS:

  1. Layari portal rasmi PADANS, di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Permohonan Baru SKR”.
  3. Isi maklumat Daftar Akaun Pengguna seperti:
    • Nama Pemohon
    • No. Kad Pengenalan
    • Email
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
  4. Setelah siap isi maklumat, klik “Daftar Pengguna”.
  5. Anda akan menerima email “Pendaftaran Akaun Berjaya”. Buat pengesahan akaun untuk mengaktifkan akaun PADANS anda.

LOG MASUK KE DALAM AKAUN & PENDAFTARAN BANTUAN

  1. Log masuk ke dalam akaun PADANS melalui pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
    • Ketua Isi Rumah
    • Ahli Isi Rumah
    • Indikator
    • Pengesahan
  4. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.

CARA SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025

  1. Layari portal rasmi PADANS, di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Klik pada button “Semak” di Semakan Permohonan.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
  4. Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.

Maklumat Lanjut

1. SKAS  (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) 

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

2. Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207 ];
  • Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut