Cara Padam Akaun Facebook Lama (Yang Dah Lupa Password)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bolehkah kita padam akaun Facebook lama yang sudah tidak aktif atau digunakan bertahun-tahun lamanya?

Sedar atau tidak, sudah lebih 10 tahun laman sosial media Facebook digunakan rakyat Malaysia secara meluas.

Ada sesetengah daripada kita yang masih menggunakan akaun yang sama sejak mereka pertama kali menggunakan Facebook.

Sementara itu, ada juga yang sudah beberapa kali terpaksa mencipta akaun baru disebabkan akaun lama tidak boleh diakses atas pelbagai sebab antaranya lupa emel, lupa password, lupa username dan sebagainya.

Ini merupakan satu perkara yang biasa terjadi lebih-lebih lagi apabila kita sudah lama tidak aktif di laman Facebook, bertukar telefon atau telefon kita dicuri.

Bolehkah delete akaun Facebook lama?

Jawapan ringkasnya, tidak mudah. Namun ada caranya.

Tanpa bukti yang kukuh, Facebook tidak akan semudah-mudahnya akan menerima permintaan anda untuk delete sesuatu akaun itu kerana ia melibatkan data peribadi dan privasi seseorang individu itu.

Selain itu, Facebook juga perlu pengesahan daripada pihak anda bahawa akaun yang anda mahu delete itu adalah milik anda dan bukan akaun orang lain.

Oleh itu, secara ringkasnya adalah hampir mustahil untuk anda request pihak Facebook untuk delete akaun lama anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin tetap mahukan akaun tersebut dibuang terus dari Facebook kerana ianya mungkin mengandungi posting atau gambar-gambar anda di zaman awal-awal menggunakan Facebook yang mahu dibuang terus daripada Facebook kerana tidak mahu disalahgunakan atau isu privasi.

Adakah trick untuk “memaksa” Facebook padam akaun facebook lama anda itu?

Melaporkan akaun lama sebagai akaun palsu

padam akaun facebook lama

Walaupun Facebook membuat proses pemadaman akaun lama sukar, mereka mempunyai satu fungsi yang membolehkan pengguna melaporkan sesuatu akaun itu sebagai palsu.

Dan disebabkan Facebook sangat mengambil serius akan kewujudan akaun palsu di laman mereka, mereka tidak akan teragak-agak untuk memadamkan sesuatu akaun tersebut sekiranya dilaporkan oleh pengguna lain dan terbukti akaun tersebut palsu.

Bagaimanakah ingin melakukannya?

Apa yang perlu anda lakukan adalah melaporkan sendiri kepada pihak Facebook bahawa akaun lama anda itu adalah palsu.

Beberapa orang individu telah melakukan perkara ini dan pihak Facebook telah mengambil langkah memadamkan terus akaun tersebut.

Bagaimanakah caranya?

  1. Log masuk ke dalam akaun Facebook semasa anda
  2. Dengan menggunakan fungsi carian di Facebook, taip nama akaun anda
  3. Buka akaun lama anda
  4. Pada bahagian profil akaun tersebut, terdapat butang denngan 3 titik. Klik pada butang tersebut.
  5. Pilih “Find Support or Report Profile”
  6. Pilih ” Pretending to be someone”
  7. Pilih “Me”
  8. Klik butang “Submit”
  9. Klik butang “Next”
  10. Klik butang “Done”

Facebook akan meneliti laporan yang dibuat dan mungkin akan memberikan feedback kepada anda dalam masa beberapa hari.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut