OKU Smile: Pas Tambang Percuma Rapid KL, Penang & Kuantan

oku smile
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi menghargai dan menambahbaik komitmen terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi perkhidmatan RapidKL seluruh Malaysia, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), selaku pemilik serta pengendali perkhidmatan pengangkutan awam terbesar negara, memperkenalkan pas langganan OKU SMILE.

PRASARANA merupakan pemilik dan pengendali perkhidmatan rel negara, termasuk rangkaian LRT, KL Monorel dan laluan MRT.

Selain itu, PRASARANA juga merupakan pemilik-pengendali perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Tambang percuma ini juga bukti keperihatinan Kerajaan Malaysia dan tanggungjawab korporat sosial Prasarana yang cakna terhadap kebajikan masyarakat.

Selain itu, pengenalan kad OKU Smile sebagai galakan kepada komuniti OKU untuk menggunakan pengangkutan awam serta meluaskan kesalinghubungan kepada golongan tersebut.

Artikel berkaitan: Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)

Kad OKU Smile

Pas OKU SMILE ialah pas konsesi OKU yang diaktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana, menyediakan PERJALANAN PERCUMA untuk individu OKU Malaysia yang berdaftar di semua jenis kereta api dan bas kendalian Prasarana mulai 1 Februari 2024.

Inisiatif ini, yang diumumkan secara rasmi pada 21 Disember 2023 oleh Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke, adalah sejajar dengan agenda tanggungjawab sosial korporat Prasarana dan dijangka memberi manfaat kepada penunggang kurang upaya di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Kuantan, Pahang

Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan
pemohon baharu.

Manfaat ini boleh dinikmati kesemua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu.

Pendaftaran dan pengaktifan

oku smile rapid kl
daftar oku smile rapid kl

Pengaktifan dan permohonan baharu pas OKU SMILE akan bermula pada 15 Januari 2024.

Bagi pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada, mereka boleh melakukan pengaktifan di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT atau hab bas dibawah:

1. Pasar Seni
2. ChowKit
3. KLCC
4. Sri Nilam
5. PuchongUtama
6. PearlPoint
7. Sunway Pyramid
8. Greenwood
9. Seksyen 2, Shah Alam

Rapid Penang

1. Rapid Penang Headquarters (Lorong Kulit)
2. Weld Quay Bus Terminal (Terminal B)
3. Komtar Bus Terminal
4. Bukit Jambul Bus Hub
5. Balik Pulau Bus Terminal
6. Bukit Mertajam Bus Terminal
7. Kompleks Dato’ Kailan Bus Hub, Kepala Batas
8. Penang Sentral

Rapid Kuantan

1. Hentian Bandar Kuantan

Atau memohon OKU Smile secara dalam talian melalui https://myrapid.com.my/concession-cardregistration/?concession_form=oku. (untuk Rapid KL dan Rapid Kuantan sahaja)

Dokumen sokongan

Bagi proses pengesahan, pemohon kad OKU Smile perlu mengemukakan dokumen berikut:

a) MyKad Asal.
b) Kad JKM (OKU) asal untuk pengesahan.
c) Bayaran tunai RM5.00.

Pastikan anda mempunyai dokumen ini dan bayaran yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan kad konsesi OKU baharu anda.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai OKU Smile ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti di bawah:

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, untuk Rapid KL, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi di 03-7885 2585

Untuk Rapid Penang, sila e-mel kepada di [email protected] atau hubungi talian hotline 04-255 8000

Untuk Rapid Kuantan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian hotline 09-566 3686 atau 019-385 8607

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut