Biodata Nur Izzudin, Naib Juara Kejohanan Asia 2024 (Beregu)

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Izzudin, pemain badminton beregu negara yang bergandingan dengan pasangannya Goh Sze Fei.

Baru-baru ini, beliau telah membanggakan Malaysia apabila dinobatkan sebagai Naib Juara Kejohanan Asia 2024.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Nur Izzudin.

Baca juga:

Latar Belakang

Nur Izzudin
NamaNur Izzudin Mohd Rumsani
Nama PanggilanNur Izzudin
Tarikh Lahir11 November 1997
Tempat LahirJohor
PekerjaanAtlet badminton
Pasangan BereguGoh Sze Fei
JurulatihFlandy Limpele dan Rexy Mainaky
Tangan UtamaKanan
Ketinggian175 cm
Akaun Media SosialInstagram @nur_izzuddin_97
Facebook @adinrumsani
TikTok @izzuddinrumsani

Kehidupan Peribadi

Izzudin telah mendirikan rumah tangga pada September 2023 bersama pasangannya, Mawar Mutiara Abdul Razak.

Kredit Instagram @nur_izzuddin_97

Kerjaya & Profesional

Nur Izzudin mula bermain badminton ketika usia 6 tahun di Muar, Johor dari galakan dan pengaruh bapanya.

Beliau mula mencapai satu demi satu kejayaan setelah bergandingan dengan pasangan regunya iaitu Goh Sze Fei.

Pencapaian terbaik beliau dan Goh ialah apabila menjadi juara di Terbuka Jerman 2022.

Berdasarkan portal BWF World Tour Finals, Nur Izzudin setakat ini telah mencatatkan sebanyak 152 kemenangan sepanjang karier. Beliau di tangga ke-15 dunia dalam ranking dunia untuk kategori beregu lelaki.

Ianya selepas gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin tewas di tangan pasangan nombor tiga dunia, Wei Keng-Wang Chang pada aksi final di Ningbo.

Pencapaian Nur Izzudin

Sebagai pemain badminton beregu, Izzudin telah berjaya mendapat pelbagai pingat dalam arena sukan badminton tanah air. Berikut adalah antaranya:

PertandinganKeputusanTahunAcara
Singapore InternationalJuara2016Beregu
Siri Antarabangsa VietnamNaib Juara2016Beregu
Antarabangsa SwitzerlandJuara2016Beregu
Siri Antarabangsa IndiaNaib Juara2016Beregu
Antarabangsa MalaysiaJuara2017Beregu
Master MalaysiaNaib Juara2017Beregu
Antarabangsa Terbuka Tata IndiaNaib Juara2018Beregu
Terbuka JermanJuara2022Beregu
Antarabangsa MalaysiaJuara2022Beregu
Master Abu DhabiJuara2023Beregu
Master Victor KaohsiungJuara2023Beregu
Yonex US OpenJuara2023Beregu
Master Ruichang ChinaNaib Juara2023Beregu
Piala ThomasGangsa2024Beregu
Bank of Ningbo Badminton AsiaNaib Juara2024Beregu

Fakta Menarik Mengenai Nur Izzudin

  • Beliau pernah tular di media sosial apabila tidak bersalaman dengan pengadil perempuan ketika perlawana akhir menentang kembar dari Taiwan di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Lowa. Tindakan beliau menjaga batas pergaulan di puji netizen.
  • Dikatakan berwajah kacak mirip seperti anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen.
  • Dilahirkan di Johor tetapi sekarang menetap di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
  • Sangat lincah di padang.

Tahniah Nur Izzudin! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @nur_izzuddin_97
  2. Nur Izzudin. BWF World Tour Finals
Bantu kami share artikel ini: