Nur Farah Kartini : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini
Negara digemparkan dengan kehilangan dan penemuan mayat seorang gadis, Nur Farah Kartini pada 15 Julai 2024 lalu.
Kes ini sedang disiasat dengan terperinci oleh pihak polis. Dan perkembangan terkini, seorang penjawat awam berumur 26 tahun telah ditahan reman untuk membantu siasatan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada kronologi kes pembuhan Nur Farah Kartini dan perkembangan terkini yang dilaporkan secara khusus dan lengkap.
Baca juga:
Siapa Nur Farah Kartini?
Nur Farah Kartini Abdullah adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau berumur 25 tahun dan berasal dari Miri, Sarawak. Beliau bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak.
Sosok Nur Farah dikenali sebagai anak dan sahabat yang baik, tidak suka bercakap buruk, peramah, ceria, rajin melakukan kerja sambilan bagi menampung kos pengajian dan menampung kehidupannya, serta bertanggungjawab membantu keluarga.
Nur Farah juga seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Menerusi hantaran di Facebook milik arwah, dia memuat naik skrip keputusan tahun akhir memaparkan kursus bagi Latihan Industri dan Latihan Mengajar 2 yang memperoleh gred penuh iaitu A.
“Alhamdulillah, perjuangan empat tahun sudah tamat. Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ini tapi alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan. Terima kasih juga untuk sahabat selalu ada susah serta senang.
“Kegigihan nak siapkan tugasan dan Projek Ilmiah Tahun Akhir (FYP) di ruang rehat pelajar walaupun saat akhir semata-mata nak siapkan kerja, jadi sekarang kita sudah nak konvo. Kepada bonda tersayang anak bonda dah besar.”
Berita mengenai Nur Farah ini mendapat liputan meluas apabila beliau dilaporkan hilang sejak 10 Julai, Rabu minggu lalu. Sehinggalah pada 15 Julai 2024, mayatnya ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang tidak jauh dari FELDA Gedangsa di Hulu Selangor.
Kronologi Kes
Berikut adalah kronologi kes Nur Farah Kartini secara lengkap dari awal kehilangan sehingga perkembangan terkini:
11 Julai 2024
- Pada jam 1.56 pagi, polis menerima laporan kehilangan Nur Farah Kartini selepas dia menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim, kira-kira jam 8 pagi 10 Julai.
- Dia didakwa telah menaiki kereta merah tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya berikutan cuaca hujan ketika itu.
- Gadis itu kali terakhir dilihat berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam
- Komunikasi terakhir mangsa dengan pengurusan kedai cetak tempat dia bekerja adalah pada jam 8.14 pagi 10 Julai. Selepas itu, mangsa tidak lagi dapat dihubungi.
12 Julai 2024
- Seorang kakitangan bahagian pengurusan di kedai cetak tempat Nur Farah bekerja telah membuat hebahan melalui media untuk merayu mangsa kembali pulang.
- Nur Farah Kartini dilaporkan tidak bekerja dengan syarikat perkhidmatan kereta sewa, sebaliknya hanya membantu sesiapa yang mahu menyewa kereta kerana mendapat komisen daripada usahanya itu.
- Pada malam kejadian, abang mangsa yang menetap di Selangor telah datang ke Tanjung Malim untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan kes kehilangan adiknya itu.
15 Julai 2024
- Pada jam 6 petang, mayat seorang gadis telah ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang tidak jauh dari FELDA Gedangsa di Hulu Selangor.
- Mangsa yang dijumpai itu dipercayai dibunuh oleh seorang individu yang dikenalinya.
- Hasil dari pemeriksaan awal, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.
- Siasatan polis telah membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun.
- Abang mangsa pergi ke lokasi kejadian.
16 Julai 2024
- Suspek yang ditahan disahkan adalah teman lelaki kepada mangsa juga merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang kini berkhidmat di Balai Polis Slim River di Tanjung Malam.
- Suspek dilihat tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 8.48 pagi dengan memakai pelitup muka dan berbaju lokap polis berwarna oren.
- Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas penjawat awam tersebut sehingga 22 Julai 2024. bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan memaklumkan bahawa suspek adalah teman lelaki mangsa. Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.
- Abang mangsa memaklumkan jenazah Nur Farah Kartini dijangkakan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, untuk dikebumikan.
17 Julai 2024
- Jenazah Nur Farah Kartini dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.
- Beberapa pengamal media dilihat berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh seawal 7 pagi tadi.
- Punca kematian mangsa belum dikenal pasti berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput di bahagian dada dan muka.
- Tiga kenderaan pacuan empat roda Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
- Pihak yang berkenaan tersebut sedang menjalakankan pencarian bahan bukti seperti telefon bimbit, rantai dan beberapa barang lain milik mangsa di kawasan parit sekitar lokasi berkenaan.
Penahanan Seorang Anggota Polis
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan reman untuk membantu siasatan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
Suspek yang berusia 26 tahun itu berkhidmat di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.
Sama-sama kita doakan agar kes pembunuhan Nur Farah Kartini segera diselesaikan dan pelaku mendapat hukuman yang seadil-adilnya atas perbuatannya tersebut.
Sumber:
- Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartin. Berita Harian
- Nur Farah Kartini. Facebook