Nota Serah Tugas: Contoh Nota, Kandungan Nota, Panduan & Tips

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nota serah tugas merupakan dokumen penting dalam urusan pentadbiran, khususnya bagi kakitangan yang akan bertukar penempatan atau jawatan.

Ia bertujuan memastikan kelangsungan kerja tidak terganggu dan memudahkan individu yang mengambil alih untuk memahami tanggungjawab yang ditinggalkan.

Menyediakan nota penyerahan tugasan juga menunjukkan tahap profesionalisma anda dan memberikan imej baik tentang diri anda dengan tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membiarkan individu lain terrkontang-kanting menyambung tugasan anda.

Pengenalan Nota Serah Tugas

Nota serah tugas adalah rekod bertulis mengenai segala maklumat berkaitan tugasan, tanggungjawab, dan aset yang perlu diserahkan kepada pengganti.

Dokumen ini berfungsi sebagai panduan bagi penerima untuk memahami tugas dengan lebih jelas.

Nota ini juga memastikan tiada maklumat penting yang terlepas pandang semasa proses peralihan.

Nota penyerahan tugasan ini membantu memastikan kelangsungan kerja tanpa gangguan, terutama dalam organisasi besar.

Ia juga merupakan rekod rasmi yang boleh dirujuk jika berlaku kekeliruan di masa hadapan.

Kandungan Utama

Nota serah tugas biasanya mengandungi elemen-elemen berikut:

  • Maklumat Peribadi Penyerah
    • Nama penuh, jawatan, dan jabatan.
    • Tarikh mula dan tarikh akhir bertugas.
  • Senarai Tugasan
    • Butiran tugas harian, mingguan, dan bulanan.
    • Projek yang sedang dijalankan dan tahap kemajuannya.
  • Maklumat Penting Projek
    • Dokumen sokongan seperti laporan, jadual, atau dokumen kontrak.
    • Maklumat kontak pihak berkepentingan yang berkaitan dengan projek.
  • Senarai Aset
    • Inventori aset seperti komputer riba, telefon pejabat, atau dokumen penting yang perlu diserahkan.
  • Cadangan dan Nasihat
    • Pandangan atau cadangan untuk meneruskan tugasan atau menambah baik proses kerja.
  • Pengesahan dan Tandatangan
    • Tandatangan penyerah tugas dan penerima tugas untuk mengesahkan penerimaan dokumen dan aset.

Contoh template Nota Serah Tugas

Tiada format atau template khusus untuk digunakan sebagai nota serah tugas ini namun anda boleh menggunakan contoh template di bawah:

Panduan dan Tips

Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang anda boleh gunakan ketika menyediakan nota penyerahan tugasan:

  • Lengkap dan Jelas: Pastikan semua maklumat penting direkodkan dengan tepat.
  • Dokumen Sokongan: Lampirkan dokumen yang relevan untuk rujukan lanjut.
  • Kemas Kini Terkini: Sertakan maklumat terkini tentang projek dan tugasan.

Nota serah tugas yang baik mencerminkan profesionalisme individu dan mempermudah proses peralihan.

Ia bukan sahaja membantu pengganti memahami tugas, malah menjaga kelancaran operasi organisasi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut