Untuk pembelajaran Matematik, Nombor Bulat merupakan pembelajaran asas yang mesti dikuasai terlebih dahulu.
Berikut adalah maksud dan cara untuk mengenal pasti nombor ini.
Maksud Nombor Bulat
Nombor ini bermaksud nombor 0, 1, 2, 3, dan seterusnya yang digunakan dalam proses pengiraan.
Nombor ini juga terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.
Kedudukan Nilai Angka
Nombor ini membolehkan setiap angka nombor mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut.
Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 3,878,925 adalah seperti berikut:
- Juta – angka 3
- Ratus ribu – angka 8
- Puluh ribu – angka 7
- Ribu – angka 8
- Ratus – angka 9
- Puluh -angka 2
- Unit – angka 5
Nilai bagi setiap angka dalam nombor boleh ditunjukkan dengan menggunakan jadual di bawah:
Nombor | Nilai Angka 5 | Nilai Angka 3 |
5273 | 5000 | 3 |
935 | 5 | 30 |
37057 | 50 | 30000 |
Menulis Dalam Perkataan
Nombor ini juga boleh ditulis dalam perkataan seperti berikut:
- 1 020- Seribu dua puluh
- 19 503- Sembilan belas ribu lima ratus tiga
- 634 202- Enam ratus tiga puluh empat ribu dua ratus dua
- 1 007 032- Satu juta tujuh ribu tiga puluh dua
Menulis Dalam Bentuk Angka
Nombor ini juga boleh ditukar ke bentuk angka daripa perkataan:
- Lima ratus tiga puluh empat- 534
- Dua belas ribu tujuh puluh- 12 070
- Lima ratus dua puluh empat ribu dua ratus empat puluh dua- 524 242
- Dua puluh satu juta tujuh ribu empat puluh lapan- 21 007 048
Pembundaran
Nombor ini juga boleh dibundarkan seperti contoh di bawah:
Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir
i) Ribu
Nilai tempat yang diberi, ribu = 7.
Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ).
Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 7 dengan 0.
Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang terhampir adalah 37 000.
ii) Puluh ribu
Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3.
Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 7 (7>5).
Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 3 dengan 0.
Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40 000.
Lihat lebih lanjut Di Sini