Sukacita dimaklumkan bahawa Nestle Malaysia kini membuka peluang bagi graduan lepasan universiti untuk sertai Nestle Management Trainee Program (program latihan pengurusan).
Untuk maklumat anda, program ini merupakan program latihan kerja selama 2 tahun bagi menyediakan graduan muda yang berpotensi tinggi demi menjadi pemimpin perniagaan masa depan.
Peserta yang terpilih akan mendapat bimbingan oleh pihak pengurusan yang berpengalaman sepanjang 2 tahun berlangsungnya program ini.
Peserta akan diterapkan dengan latihan kemahiran serta ilmu perniagaan sebaiknya.
Baca Juga : Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022.
Bidang Pengajian
Graduan dari bidang pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon :
- Sales
- Marketing
- Finance
- Human Resource
- Supply Chain
- Engineering
- Production
- Quality Assurance
- Packaging
Syarat Kelayakan
Calon yang berminat untuk sertai Nestle Management Training Program perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 3.20 atau setaraf dengannya
- Graduan baru atau graduan dengan pengalaman kerja tidak lebih dari 2 tahun
- Terlibat secara akti dalam aktiviti kokurikulum
- Tahap komunikasi Bahasa Inggeris lisan dan penulisan yang baik
- Kemahiran analitik yang kuat
- Mempunyai kemahiran kempipinan yang kuat dan berkeyakinan
- Mampu bekerja dengan baik secara bebas dan dalam satu pasukan
Manfaat Peserta Program Nestle Management Trainee Program
- Peluang pekerjaan termasuk tugasan di luar negara
- Ganjaran menarik dari Syarikat Nestle
- Latihan kepimpinan bagi meningkatkan potensi diri
Cara Memohon
Graduan yang berminat untuk ikuti Nestle Management Training Program boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :
- Permohonan Nestle Management Trainee Programme 2022 https://www.nestle.com.my/jobs/career-areas/management-trainee?fbclid=IwAR326yEfGKbwAa0STt9h6ojN4T1JSlyx_zu7fmONn38QIieJcfU07wWKT0c
- Cipta profile peribadi anda dan isi butiran diri yang diperlukan
- Lengkapkan penilaian diri mengenai personaliti, budaya kerja serta kemahiran yang berkenaan.
- Jawab 3 soalan mudah dengan merakan video singkat.
- Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi penilaian.
- Calon yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga secara bersemuka.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Nestle di sini.