MYTV : Pendaftaran, Saluran & Pemasangan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MYTV dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia untuk menghijrahkan sistem penyiaran negara dari analog ke digital.

Menerusi TV digital, MYTV menawarkan platform berekuiti untuk membangunkan saluran perolehan baru kepada semua penyedia kandungan dan aplikasi.

Dengan adanya MYTV, rakyat Malaysia boleh nikmati manfaat seperti kualiti audio-visual terbaik, lebih banyak saluran TV, akses kepada EPG, sarikata pelbagai bahasa dengan tontonan TV dalam kualiti HD.

Siaran TV Digital MyTV adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai siaran digital ini dengan lebih lanjut.

MYTV

Baca Juga : Cara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)

Cara Akses MYTV

Saluran TV digital ini boleh dinikmati menggunakan TV baharu dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.

Untuk menyemak keserasian televisyen anda, sila rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama televisyen tersebut.

Cara Dapatkan MYTV

mytv

Anda tidak perlu mendaftar untuk mengakses MYTV. Sebaliknya anda perlulah mendapatkan dekoder seperti yang dinyatakan.

Dekoder DVB-T2 dan TV digital boleh didapati melalui dua cara :

Nota :

  • Anda boleh dapatkan rundingan daripada Wakil Penjual yang sah berdekatan kawasan anda.
  • Wakil penjual MYTV adalah terlatih dan boleh berikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangan sekiranya perlu.

Kelebihan Siaran Digital MYTV

Kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna siaran digital MYTV adalah :

  • Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
  • Audio yang berkualiti tinggi
  • Penambahan perkhidmatan dan saluran TV
  • Tanpa bayaran bulanan

Saluran TV MYTV

Saluran TV digital yang ditawarkan di MYTV adalah seperti yang disenaraikan berikut :

Saluran TVNombor
TV1 (HD)101
TV2 (HD)102
TV3 (HD)103
Wow Shop (Melayu)104
Wow Shop106
NTV7107
8TV108
TV9109
TV Okey (HD)110
Sukan RTM (HD)111
Awesome TV (HD)112
TV6113
TV Al-Hijrah (HD)114
SUKETV116
Astro Go Shop120
Bernama News Channel121
TVS (HD)122
Berita Semasa RTM123

Saluran Radio

Saluran RadioNombor
Nasional FM701
Traxx FM702
Minnal FM703
Ai FM704
Klasik FM705
Asyik FM706
Sabah FM707
Sabah FM708
Sarawak FM709
Wai FM710

Cara Pemasangan MYTV

Cara 1: Dekoder

Sekiranya anda menggunakan set TV biasa, sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.

Cara 2: IDTV

  • Sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda
  • Set TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran TV Digital sekiranya ia dilengkapi input AV/HDMI.
  • Anda disyorkan untuk guna aerial luaran untuk dapatkan isyarat yang lebih jelas dan lancar.

Anda juga boleh rujuk tutorial pemasangan MYTV seperti di pautan berikut :

TUTORIAL VIDEO PEMASANGAN

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pemasaran MYTV, sila berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-80-6988 atau hantarkan e-mel ke [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut