Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN atau e-filing.
Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax ataupun platform ezHASiL.
Di samping itu, para pembayar cukai juga diingatkan agar menyimpan setiap dokumen percukaian sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun bukan sahaja bagi membantu urusan LHDN, sebaliknya juga memberikan peluang kepada para pembayar cukai meneliti dengan merujuk semula laporan cukai masing-masing.
KENYATAAN MEDIA : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2023 DIBUKA MULAI 1 MAC 2024
29 FEBRUARI 2024
Jadi, bagi yang masih belum ada akaun bolehlah daftar di portal ini.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal MyTax LHDN.
Apakah MyTax LHDNM?
Portal ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Apa yang kita boleh semak di portal ini?
Berikut adalah perkara yang kita boleh semak sendiri di portal MyTax :
- Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
- Senarai ansuran CP500
- Rekod SPC
Selain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Filing, e-Kemaskini dan beberapa ‘e’ lagi.
Lepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, cubalah semak di portal ni dulu.
Cara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama
Pendaftaran MyTax boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar si Portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
Log Masuk Kali Pertama
Bagi anda yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk mendaftar iaitu:
- e-CP550 – permohonan di web
- e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile
Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
Kemudian log masuk setelah anda menetapkan kata laluan serta frasa keselamatan.
Sila rujuk manual penuh :
Cara Daftar & Isi Borang e-Filing 2024 Di MyTax
Berikut adalah langkah-langkah untuk login MyTax untuk memulakan e-filing 2024 seperti yang dikongsikan oleh saudara Fahmy Abdullah di Facebook.
LANGKAH 1 : LOGIN E-DAFTAR
LANGKAH 2: KLIK BUTANG ‘CARI’
LANGKAH 3: LOGIN
Layari mytax.hasil.gov.my, dan ‘Log In’ menggunakan kad pengenalan dan kata laluan setelah membuat pendaftaran.
LANGKAH 4 : PILIH MENU E-FILING 2023
Setelah itu, akan masuk ke page ini, LHDN dah update dah, korang boleh terus klik belah kanan tu, e-Borang tahun ‘2023’
LANGKAH 5 : LENGKAPKAN BORANG NYATA INDIVIDU
Bahagian 1: Di sebelah kiri, ada 5 bahagian yang anda perlu isi, lengkapkan semua untuk setiap bahagian.
Bahagian 2: Maklumat Tambahan, lengkapkan semua. Ada sesetengah, majikan yang akan bayarkan cukai, tgk ‘EA form’ atau slip gaji masing-masing.
Bahagian 3: Isi jumlah pendapatan tahunan dalam ni, dan sekiranya ada pindah tempat kerja tahun lepas, kena isi untuk kedua-dua syarikat.
Bahagian 4: Pelepasan cukai yang anda boleh tolak dari jumlah pendapatan, rujuk senarai PELEPASAN CUKAI 2023 LHDN atau poster yang dilampirkan di bawah:
Bahagian 5: Rumusan, boleh semak ape yang anda dah isi di semua bahagian tadi.
Bahagian Akhir: Akuan, untuk ‘Tandatangan & Hantar’, kita tak boleh nak betulkan dah, semak betul-betul sebelum hantar, boleh klik ‘’Cetak Draf’ untuk tengok contoh.
Maka, selesailah Cukai Taksiran / e-filing untuk Tahun 2023 anda. Tahniah sebab andalah ‘Wira Negara’.
Sumber gambar / penerangan : Facebook Fahmy Abdullah
Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax
Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : https://mytax.hasil.gov.my/
Anda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.
Mudah kan?
Bagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.
Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Permohonan No Pin MyTax
Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :
- Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan secara dalam talian
Baca juga: Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank
Rujuk panduan lanjut: https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf
Semakan Sekatan Perjalanan Imigresen Malaysia
Selain semakan LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
Pembayar cukai boleh menyemak status senarai hitam dan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen (Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Anda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Selepas itu, tekan butang Semak dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.
Mudah kan?
Jadi lepas ni jangan kalut kalau ada orang telefon kata kita ada tunggakan cukai semua.
Kita boleh check sendiri status cukai yang terkini dan sahih oleh LHDNM di Portal MyTax!
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)
Maklumat Lanjut
Sila layari portal rasmi LHDNM melalui perkhidmatan ezHasil dan pautan pantas berikut untuk info lanjut berkaitan:
- Sekatan perjalanan https://sspi.imi.gov.my/sspi/;
- Baki cukai https://mytax.hasil.gov.my/;
- Bayaran cukai https://byrhasil.hasil.gov.my/;
- Maklum Balas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/