PERMOHONAN BAUCAR BUKU RM100 PELAJAR IPT KINI DIBUKA!
Berita baik untuk semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE.
Permohonan dibuka mulai jam 10.00 PAGI, 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Jom rebut peluang ini!
Pengenalan Baucar Buku Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Fasa 2
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengagihkan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua melalui platform MYSISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024.
Penyaluran bagi fasa pertama sebelum ini telah memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar IPT di bawah kelolaan KPT. Inisiatif ini adalah sebagai usaha KPT untuk menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat di platform BookCapital (kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga penganjur bersama PBAKL 2024).
Pastikan anda mendaftar dan mengakses platform tersebut untuk mendapatkan baucar yang boleh digunakan untuk membeli buku dan keperluan pembelajaran.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan maklumat lanjut MySISWAPLACE dan cara membuat semakan kelayakan, memohon dan menggunakan baucar buku.
Apa itu MySISWAPLACE
MySISWAPLACE adalah portal yang membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.
Tujuan inisiatif ini justeru dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
Bilakah MySISWAPLACE Dilancarkan?
Majlis Peluncuran MySISWAPLACE telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, pada 29 Oktober 2024.
Tentang Baucar Buku Fasa 2
- Baucar buku fasa 2 dilaksanakan bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024
- Baucar buku IPT akan disalurkan melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
Syarat Kelayakan Baucar Buku IPT Fasa 2
Syarat kelayakan baucar buku Fasa 2 adalah seperti berikut:
- Pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT sahaja
- Pelajar status aktif sehingga 31 Mac 2024
- Peringkat Sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah
- Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
- Warganegara Malaysia sahaja
*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Semakan Kelayakan Buku Fasa 2 Melalui MySISWAPLACE
Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
- Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
[ VIDEO ] Cara Penebusan Baucar
Berikut dikongsikan video panduan membuat penebusan baucar secara online melalui platform MySiswaPlace:
*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Tarikh & Tempoh Penebusan
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk pelajar IPTA yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif adalah dari 30 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut terkini berkenaan dengan MySiswaPlace di pautan berikut: https://mysiswaplace.my/ atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Baca juga: