myPDPP: Semakan Permohonan Calon Guru PDPP 2024

mypdpp pdpp semakan keputusan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ayuh bagi sesiapa yang berminat menjadi guru KPM, semakan permohonan PDPP (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan) dibuka melalui Portal myMOHON mypdpp.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.

Jom ketahui lebih lanjut tentang tawaran ini dan cara permohonan PDPP online.

Tarikh Penting myPDPP 2024

TARIKH-TARIKH PENTING PENGAMBILAN CALON GURU PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2024

  • Paparan iklan di portal rasmi KPM : 13 – 19 Ogos 2024
  • Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 13 – 19 Ogos 2024
  • Permohonan dalam talian ditutup : 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 malam)
  • Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian : 14 – 16 dan 19 – 22 Ogos 2024
  • Semakan keputusan panggilan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 3 September 2024
  • Pelaksanaan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 09 – 12 September 2024
  • Semakan keputusan permohonan berjaya : 25 September 2024
  • Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (Secara dalam talian) : 09 Oktober 2024

*Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
*Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, UKF, Temu duga dan keputusan berjaya di laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my.

pdpp 2024

Semakan Keputusan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan PDPP 2024

PENGUMUMAN:
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) 2024

CALON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN PADA 25 SEPTEMBER 2024 (RABU) BERMULA
JAM 3.00 PETANG.

SILA BUAT SEMAKAN DI ;
https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm

mypdpp pdpp semakan keputusan
semakan ukf

Soalan Lazim MyPDPP (FAQ)

Bolehkah saya menukar program atau bidang pengkhususan setelah menerima tawaran?

Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menukar program atau bidang pengkhususan kerana tawaran adalah muktamad.

Bolehkah saya menolak tawaran?

Boleh. Anda boleh memilih untuk menolak tawaran.

Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menukar program atau bidang pengkhususan kerana tawaran adalah muktamad.

Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menukar tempat pengajian kerana tawaran adalah muktamad.

Bagaimanakah tempat pengajian ditetapkan?

Tempat pengajian ditetapkan berdasarkan bidang penawaran dan kapasiti di sesebuah IPG. Tidak semua IPG menawarkan bidang pengkhususan yang ditawarkan.

Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

Tidak boleh. Anda tidak boleh menangguh pendaftaran kerana tarikh pendaftaran adalah muktamad.

Sekiranya saya gagal ditawarkan, adakah saya boleh membuat rayuan?

Boleh. Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi butang erayuan di laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD. Rayuan yang dibuat selain daripada kaedah di atas tidak akan dipertimbangkan.

Adakah saya perlu membayar yuran pengajian PDPP?

Tidak. Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu tahun pengajian. Sila rujuk Maklumat Tambahan pada iklan untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Baca FAQ sepenuhnya dalam lampiran di bawah:

Maklumat & Syarat Permohonan PDPP Ambilan 2024

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2024

  1. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  2. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh MQA
  3. Mod Program : Sepenuh Masa
  4. Tempoh Pengajian : 1 Tahun (3 Semester)

Pautan Permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/PD

IKLAN PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2024

Rujuk iklan penuh dengan lebih terperinci lampiran di bawah atau terus melalui pautan berikut : https://mypdpp.moe.gov.my/PD/bahan_pdpp/iklan_pdpp2024.pdf

mypdpp pdpp 2024

Baca juga:

MATAPELAJARAN / OPSYEN TAWAR VS KLUSTER – IJAZAH SARJANA MUDA

BILMATA PELAJARAN/ OPSYEN TAWARKLUSTER – IJAZAH SARJANA MUDA
1BAHASA INGGERISBAHASA INGGERIS
2BAHASA INGGERISBIOLOGI – CEFR tahap C1
3BAHASA INGGERISENGLISH FOR COMMUNICATION
4BAHASA INGGERISFIZIK – CEFR tahap C1
5BAHASA INGGERISKESUSASTERAAN INGGERIS
6BAHASA INGGERISKIMIA – CEFR tahap C1
7BAHASA INGGERISMATEMATIK TAMBAHAN – CEFR tahap C1
8BAHASA INGGERISPENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM – CEFR tahap C1
9BAHASA INGGERISPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK – CEFR tahap C1
10BAHASA INGGERISPENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL – CEFR tahap C1
11BAHASA MELAYUAMALAN BAHASA MELAYU
12BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU
13BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU KOMUNIKASI
14BAHASA MELAYUKESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
15PENDIDIKAN ISLAMAL-SYARIAH
16PENDIDIKAN ISLAMBAHASA ARAB
17PENDIDIKAN ISLAMDINI
18PENDIDIKAN ISLAMHIFZ AL-QURAN
19PENDIDIKAN ISLAMMAHARAT AL-QURAN
20PENDIDIKAN ISLAMPENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
21PENDIDIKAN ISLAMPENDIDIKAN ISLAM
22PENDIDIKAN ISLAMPENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
23PENDIDIKAN ISLAMTAHFIZ
24PENDIDIKAN ISLAMTASAWWUR ISLAM
25PENDIDIKAN ISLAMTURATH AL-QURAN WA AL-SUNNAH
26PENDIDIKAN ISLAMTURATH BAHASA ARAB
27PENDIDIKAN ISLAMTURATH DIRASAT AL-ISLAMIAH
28PENDIDIKAN ISLAMUSUL AL-DIN
29PENDIDIKAN JASMANIFISIOTERAPI
30PENDIDIKAN JASMANIKEJURULATIHAN SUKAN
31PENDIDIKAN JASMANIPENDIDIKAN JASMANI
32PENDIDIKAN JASMANIPENGURUSAN SUKAN
33PENDIDIKAN JASMANIREHABILITASI SUKAN
34PENDIDIKAN JASMANISAINS KEJURULATIHAN
35PENDIDIKAN JASMANISAINS SUKAN
36PENDIDIKAN JASMANISUKAN DAN REKREASI
37PENDIDIKAN PEMULIHANAMALAN BAHASA MELAYU
38PENDIDIKAN PEMULIHANBAHASA MELAYU
39PENDIDIKAN PEMULIHANBAHASA MELAYU KOMUNIKASI
40PENDIDIKAN PEMULIHANKESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
41PENDIDIKAN PEMULIHANMATEMATIK
42PENDIDIKAN PEMULIHANPEMULIHAN
43PENDIDIKAN PEMULIHANPENDIDIKAN KHAS
44PENDIDIKAN PEMULIHANPENDIDIKAN KHAS

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal myPDPP di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 13- 19 Ogos 2024.

Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Tarikh Permohonan

Tarikh Permohonan: 13 hingga 19 Ogos 2024

Permohonan ditutup pada 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 malam).

Maklumat lanjut layari pautan berikut: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/

Maklumat Lanjut myPDPP

SILA HUBUNGI ALAMAT DI BAWAH SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKAITAN PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-83126731/6768/6760/6733/6693

Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut