MyLot : Pengenalan & Cara Penggunaan Aplikasi

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mewujudkan satu aplikasi yang dinamakan sebagai MyLot bagi membantu orang awam untuk mengetahui kedudukan tanah hak milik mereka.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang aplikasi ini, dan cara penggunaannya, pastikan anda terus bersama artikel ini hingga ke penghujung.

Apa itu MyLot?

Tanah Lot merupakan sebidang tanah yang dibahagikan kepada plot-plot kecil yang terdiri daripada Tanah Rizab Melayu yang dimiliki atau boleh dimiliki oleh warganegara Malaysia.

Tanah lot ini merupakan harta kekal pemilik yang boleh diusahakan atau dijual. Oleh itu, sangat penting untuk pemilik tanah mengetahui kedudukan dan keluasan tanah agar pengurusan tanah dapat dilakukan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Cara mudah untuk melakukan semakan kedudukan dan keluasan tanah ini adalah dengan menggunakan aplikasi baharu yang telah diwujudkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu MyLot

Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk memberi akses kepada pengguna secara percuma bagi menyokong pelaksanaan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Aplikasi MyLot ini dapat membantu rakyat mencapai lokasi lot tanah yang telah diukur secara atas talian menggunakan telefon pintar bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

Paparan lot tanah adalah bersekali dengan peta asas yang membolehkan orang awam cakna tentang lokasi dan geometri lot tanah mereka untuk apa jua rujukan atau perancangan.

Antara hasil yang dapat diperolehi daripada pengwujudan aplikasi MyLot ini adalah:

  • Mampu mencapai lokasi lot yang diukur berserta peta dasar
  • Maklumat boleh digunakan secara percuma dan masa hakiki
  • Membantu pihak yang berkepentingan membuat perancangan bagi pembangunan kawasan strategik dengan maklumat yang dapat dicapai
  • Menjana pendapatan JUPEM melalui penjualan Pelan Akui.
mylot

Cara Penggunaan

Untuk anda yang ingin menyemak keluasan dan kedudukan tanah lot anda menggunakan MyLot ini, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi MyLot mengikut kesesuaian peranti anda:
  2. Buka aplikasi tersebut dan tekan Peta
PETA

3. Setkan negeri tanah lot yang anda hendak semak, dengan menekan butang ke enam yang mempunyai gambar peta:

4. Tekan ikon carian, iaitu ikon terakhir dan masukkan maklumat lot tanah yang diminta:

  • Nombor Lot
  • Negeri
  • Daerah
  • Mukim
  • Seksyen
Mylot

5. Tekan butang carian di aplikasi MyLot dan peta akan menunjukkan kedudukan tanah lot tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tanah hanya tekan di bahagian tanah yang diinginkan. Contohnya boleh dilihat seperti dalam gambar di bawah:

Mylot

*NOTA: Sekiranya ingin melihat dengan lebih realistik anda boleh melakukannya dengan pilih tetapan peta asas, kemudian tekan Google Satellite.

Untuk penerangan yang lebih jelas berkenaan cara penggunaan aplikasi MyLot ini anda boleh tonton video pendek yang disediakan oleh JUPEM di bawah:

Baca juga: Permohonan MyKid 2024 – Semakan Status / Pengesahan Cetakan

Bantu kami share artikel ini: