MyLesen PSV E-Hailing 2024 : Permohonan & Semakan

MyLesen PSV E-Hailing
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV E-Hailing atau juga dikenali sebagai MyLesen PSV E-Hailing bagi Tahun 2024.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 3,500 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai untuk menjalani kursus sehingga mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) E-Hailing.

Pengenalan

Program MyLesen PSV E-Hailing diperkenalkan untuk memberikan impak berikut:

  • Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam (E-Hailing/Teksi).
  • Melahirkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang kompeten.
  • Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam sektor pengangkutan awam dan pelancongan.

Tiada masa untuk renew lesen PSV? Dapatkan perkhidmatan runner untuk perbaharui lesen PSV anda.

permohonan MyLesen PSV E-Hailing

Syarat Peserta MyLesen PSV e-Hailing

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di bawah sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk program MyLesen PSV E-Hailing ini:

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing.
  3. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  4. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  5. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  6. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  7. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  8. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  9. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  10. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Kuota Program

Hanya 3500 sahaja kuota yang dibuka untuk permohonan bagi MyLesen PSV E-Hailing bagi tahun 2024 ini berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Jadi apa tunggu lagi, hantar permohonan anda segera!

Artikel berkaitan: MyLesen PSV Bas – Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40

Permohonan MyLesen PSV e-Hailing 2024

Bagi individu yang berminat untuk memohon program bantuan MyLesen PSV E-Hailing ini, anda boleh scn kod QR di atas atau klik pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd11ZTMhahGWmg0xNiCBW6gkofXR55G65DmLo7vuJflRMCcgw/viewform?fbclid=IwAR1xT_IBGoF3dWNhERhQvS6OhNn3HlUHtxCQQJ0M0S7KdDXfpG4azq7kUvw

Soalan dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi program bantua MyLesen PSV E-Hailing ini, sila berhubung dengan pegawai bertubung dengan menghantar emel ke alamat [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut