PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025 – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!!
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2025.
Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan dibuka mulai Februari hingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025, sila teruskan membaca perkongsian ini.
Pengenalan
Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Program MyLesen B2 untuk tahun ini juga diperluaskan di institusi pendidikan dalam usaha membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.
Pihak JPJ akan bekerjasama dengan pihak berkaitan terutama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam merealisasikan program tersebut.
Impak Program
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Info Tambahan
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Tarikh Tutup
Program akan dijangka akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun lalu. Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi belum lagi dibuat. Biasanya pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.
Jumlah kuota yang ditetapkan belum lagi diumumkan secara rasmi oleh JPJ dan akan dikemaskini oleh setiap negeri. Contohnya negeri Melaka hanya 25 orang setiap DUN, perlis 800 orang dan lain-lain.
Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2025
Proses permohonan untuk MyLesen B2 JPJ 2025 adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Anda hanya perlu melayari laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
Permohonan MyLesen B2 2025 Mengikut Negeri
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK
SYARAT PESERTA :
- Warganegara Malaysia (Pemastautin Negeri Perak Sahaja)
- Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun
- Terbuka kepada kalangan B40 dan tanggungan B40 (pelajar sekolah; Kadet JPJ diutamakan & pelajar IPTA / IPTS serta IP MARA)
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas daripada tunggakan saman dan Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Impak Program :
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
DAFTAR SEKARANG – Klik di sini untuk download borang permohonan : https://drive.google.com/file/d/1JZdz6SeQWucbK8-fKd7uz_WxpAZ3jX86/view?fbclid=IwY2xjawImhpBleHRuA2FlbQIxMAABHccN67qNFC6O_DJUCCALlUZc1iu3ZAO6W9EX1BzBHpicbpZs2AYJ6xPGHg_aem_88bQ68JTMrasZuknu4qfsQ
Sila hantar borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada JPJ Negeri Perak / Cawangan berhampiran. Tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 21 Mac 2025.
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Program MYLESEN B2 TAHUN 2025
- Terhad 25 orang setiap DUN.
- Jadi, kalau nak mohon, semak dulu syarat tu penuhi ke tak.
- Kalau penuhi, muat turut borang dan lengkapkan.
- Dah lengkap boleh hantar ke Japerun Duyong segera.
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS
- Kuota 800 peserta sahaja.
- Untuk memohon, sila imbas kod QR dan cetak borang permohonan.
NOTA:
Terdapat beberapa negeri lain belum lagi membuka permohonan rasmi MyLesen B2 2025 dan akan dikemaskini kelak. Sila rujuk laman Facebook rasmi JPJ setiap Negeri dari semasa ke semasa.
Rujuk :
- JPJ Negeri Perak
- JPJ Negeri Kelantan DN
- JPJ JOHOR
- JPJ Negeri Sembilan
- JPJ Negeri KEDAH
- JPJ Negeri Pulau Pinang
- JPJ Negeri Perlis
- JPJ TERENGGANU
- JPJ Negeri Pahang
- JPJ Negeri Selangor
- Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Borang Pendaftaran / Permohonan MyLesen B2 / 2025
Soalan Lazim (FAQ)
Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR [akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi oleh JPJ]
2025?
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
3. Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
4. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
5. Sihat Fizikal Dan Mental
6. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
7. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2025.
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jumlah kuota akan dikemaskini kelak.
Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.
OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 boleh dikemukakan kepada [email protected] atau 03 – 8892 8714/8693.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia
DAFTAR SEKARANG !!