Login MyKKP: Panduan Pelaporan JKKP8 & Semakan Rekod

Untuk makluman, sistem MyKKP dalam fasa major migration iaitu perpindahan server dari Pusat Data Sektor Awam (PDSA), MAMPU ke Pusat Data KSM.

Proses migrasi yang dijadualkan selesai pada 31 Januari 2022 terpaksa dilanjutkan kepada 3 Februari 2022.

Jabatan akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa berkenaan perkembangan terkini.

Oleh yang demikian sebarang pematuhan terhadap mana-mana peruntukan perundangan, contohnya Seksyen 10(3) Peraturan – Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit) 2004 boleh dilakukan setelah Sistem MyKKP kembali pulih seperti biasa.

Panduan Menghantar / Menyelenggara Rekod Pelaporan JKKP8

Rekod ini dikehendaki di bawah Peraturan 10, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit) 2004 dan hendaklah di simpan di tempat kerja selama 5 tahun.

Kegagalan untuk menyenggara dan menghantar merupakan kesalahan di bawah Peraturan.

Majikan dikehendaki menyenggara semua rekod kemalangan dan penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang berlaku di tempat kerja.

Rujuk Panduan Pelaporan JKKP 8 :http://mykkp.dosh.gov.my/…/JKKP8/User%20Manual%20JKKP8.pdf

Apakah MyKKP?

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Occupational Safety And Health (DOSH) telah memperkenalkan portal MyKKP bagi memudahkan individu orang yang kompetan (OYK) untuk mendaftar dengan pihak JKKP.

Bagi memperoleh kelayakan menjadi OYK, seseorang individu tersebut mestilah menamatkan latihan tertentu dan melepasi ujian yang dijalankan.

Setelah melepasi kesemua ujian, seseorang individu yang menepati kesemua syarat yang ditetapkan oleh pihak JKKP perlu mendaftarkan nama dan kelayakan mereka di portal MyKKP bagi membolehkan mereka mendapat kelayakan sebagai OYK.

Senarai OYK

  1. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
  2. Penyelia Tapak Bina
  3. Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
  4. Pengendali Perancah (Asas, Pertengahan dan Tertinggi)
  5. Operator Kren (Menara, Bergerak dan Derik)
  6. Drebar Enjin Pembakaran Dalam (Gred 1 dan Gred 2)
  7. Drebar Enjin Stim (Gred 1 dan Gred 2)
  8. … dan banyak lagi

Cara Pendaftaran Akaun Di MyKKP

Sekiranya anda sudah mengikuti latihan dan melepasi kesemua ujian yang disyaratkan untuk menjadi OYK, anda boleh mendaftar di portal MyKKP dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal MyKKP di alamat http://mykkp.dosh.gov.my/Default.aspx
  2. Pada bahagian menu, klik pada PENDAFTARAN
  3. Masukkan kesemua maklumat yang dikehendaki
  4. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat pada halaman pertama, klik pada butang SETERUSNYA
  5. Lengkapkan semua maklumat pada halaman berikutnya
  6. Masukkan Login ID dan Password yang ingin digunakan
  7. Klik butang DAFTAR
  8. Lengkapkan pengesahan akaun dengan mengklik link yang dihantar pada emel yang didaftarkan

Semakan OYK di MyKKP

Di portal MyKKP, anda juga boleh membuat semakan OYK berdasarkan beberapa kriteria antaranya nama dan disiplik OYK.

Masukkan maklumat yang ingin dicari pada kotak carian dan hasil carian akan dipaparkan.

Fungis semakan ini sangat berguna sekiranya anda ingin membuat pengesahans taatus OYK atau mencari seseorang OYK untuk melakukan kerja-kerja tertentu berdasarkan kelayakan mereka di kilang, premis atau projek anda.

Cara login MyKKP

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran, anda boleh log masuk ke dalam akaun MyKKP dengan mengikuti langkah-langka berikut:

  1. Layari laman MyKK di alamat http://mykkp.dosh.gov.my/Default.aspx
  2. Pada bahagian menu, klik pada “Log Masuk”
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti “Log ID” dan “Kata Laluan”
  4. Klik pada butang “Log Masuk”

Soalan Lazim

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan portal MyKKP, anda boleh menghubungi terus dengan pihak pentadbiran portal tersebut dengan menghubungi mereka di talian 03-8886 6496 / 03-8886 6497.

Harap maklum bahawa talian tersebut hanya boleh dihubungi pada masa dan hari yang berikut:

  • Hari: Isnin – Jumaat
  • Masa: 8.30pagi – 1.00petang / 2.00petang – 5.30petang) kecuali Hari Kelepasan Am untuk negeri yang bekerja pada hari Ahad
  • Alamat: Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 W. P. Putrajaya
  • Faks: 03-8889 2443

Untuk soalan-soalan lazim berkaitan tatacara penggunaan porta ini, anda juga boleh melayari laman FAQ MyKKP di pautan berikut http://mykkp.dosh.gov.my/FAQ.aspx

Bantu kami share artikel ini: