HRMIS 2.0 – Login Kali Pertama & MyHRMIS Mobile App

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HRMIS 2.0 merupakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk menguruskan data penjawat awam dengan lebih efektif.

Sistem ini menggantikan versi terdahulu dan menawarkan pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia secara dalam talian.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya

HRMIS 2.0

HRMIS 2.0, Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah sebuah sistem bersepadu yang direka untuk memudahkan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam Malaysia.

Ia merupakan sebuah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.

Sistem ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pengurusan tenaga kerja, seperti maklumat peribadi, prestasi, cuti, dan penilaian kakitangan, serta urusan kenaikan pangkat dan pencen.

Melalui HRMIS 2.0, kakitangan kerajaan dapat mengakses maklumat peribadi dan memohon perkhidmatan secara dalam talian.

Secara ringkasnya, sistem HRMIS 2.0:

  • Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.
  • Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital.
  • Dapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia).

BACA JUGA: MyDigital ID Penjawat Awam – Login & Daftar

Objektif

Di samping membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.

Objektif penggunaan sistem HRMIS ini secara spesifiknya adalah untuk:

  1. Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;
  2. Mengautomasikan proses-proses operasi PSM;
  3. membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  4. Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal,
  5. Penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  6. Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan
  7. Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam

Selain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti , tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.

Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain, perkara-perkara seperti berikut:

  • Mengemas kini rekod peribadi
  • Memohon dan menyemak cuti rehat
  • Mengemukakan tuntutan
  • Memantau prestasi kerja
  • Memohon kursus yang bersesuaian
  • Membuat penilaian kompetensi
  • Memohon pertukaran
  • Memohon kaunseling

Cara Login HRMIS 2.0

Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.

Berikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.

  1. Pergi ke laman web berikut: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
  5. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.
  6. Log keluar setelah selesai.

>> PENGURUSAN KATA LALUAN HRMIS

Kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:

  1. Sekurang-kurangnya 12 aksara
  2. Mengandungi huruf dan nombor
  3. Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
  4. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Rujuk panduan di bawah untuk kemaskini maklumat / membuat permohonan cuti, pengurusan prestasi dan tuntutan.

Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0

Syarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS

  1. Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
  2. Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb
  3. Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru
  4. Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
  5. Penampilan pegawai :
    • Pegawai Lelaki
      • Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
      • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
    • Pegawai Wanita
      • Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
      • Berpakaian seragam (uniform)

Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:

Semakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0

Pastikan data dalam HRMIS dikemas kini.

Data anda tanggungjawab anda.

Luangkan 5 minit untuk buat semakan data HRMIS.

HRMIS 2.0

Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah

1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI
2. PERISYTIHARAN HARTA
3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT
4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI
5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN

HRMIS 2.0

>> HEBAHAN FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS.

Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.

Disertakan poster rujukan FUNGSI SEMAKAN DATA.

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Untuk panduan pengguna tuan/puan boleh melayari pautan: https://bit.ly/3J4OSyS 

Atau, layari Portal HRMIS di pautan berikut: https://www.eghrmis.gov.my/panduan-pengguna/hrmis-2-0.html

NOTA: Pastikan anda log keluar selepas selesai menggunakan sistem untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan.

Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri

JPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).

Video tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohon

Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.

Fungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.

Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=W34HDsZjOcQ

2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan

Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan).

Pengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya.

Peranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.

Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=0VBg-NTMVxg

Muat Turun Aplikasi MyHRMIS Mobile

Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS yang boleh dimuat turun melalui beberapa platform seperti Google Play Store dan Apple AppStore.

>> Apa Itu MyHRMIS Mobile?

Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan satu aplikasi yang menggabungkan 6 fungsi dalam aplikasi MyHRMIS iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Aplikasi MyHRMIS Mobile boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY seperti di pautan berikut:

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

BACA JUGA: SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

>> Pengguna Kali Pertama

  1. Bagi pengguna kali pertama untuk aplikasi MyHRMIS Mobile, klik Pengguna Kali Pertama pada paparan utama aplikasi selepas muat turun.
  2. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti no kad pengenalan, no telefon dan kata laluan.
  3. Pendaftaran MyHRMIS Mobile telah berjaya.
HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

>> Log Masuk MyHRMIS Mobile

Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

>> Menu Utama

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Berikut ialah menu utama yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS Mobile dan fungsi-fungsi yang ada, iaitu:

Profil

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Menu Profil membolehkan pengguna:

  • Melihat dan mengemaskini maklumat peribadi
  • Menyemak rekod perkhidmatan
  • Mengakses butiran gaji dan elaun
  • Mengemaskini maklumat perhubungan

eGL

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

eGL atau e-Guarantee Letter membolehkan pengguna:

  • Menjana surat jaminan elektronik untuk rawatan perubatan
  • Mengisi maklumat hospital dan tarikh rawatan
  • Memuat turun dan mencetak surat jaminan untuk kegunaan di hospital2

Cuti

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Melalui menu Cuti, pengguna boleh:

  • Membuat permohonan cuti
  • Menyemak baki dan rekod cuti
  • Melihat status permohonan cuti
  • Menerima notifikasi kelulusan atau penolakan cuti

Self Check

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Fungsi Self Check membolehkan pengguna:

  • Merekod kehadiran harian
  • Menyemak rekod kehadiran
  • Memantau waktu kerja

Keluar Pejabat

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Menu ini membolehkan pengguna:

  • Merekodkan aktiviti keluar pejabat semasa waktu kerja
  • Menyatakan tujuan dan tempoh keluar pejabat
  • Mendapatkan kelulusan untuk keluar pejabat

Care

HRMIS 2.0 & Cara Muat Turun MyHRMIS Mobile

Menu Care menyediakan:

  • Saluran untuk melaporkan isu-isu berkaitan tempat kerja
  • Akses kepada perkhidmatan sokongan dan kebajikan
  • Maklumat mengenai program kesihatan dan kesejahteraan

MUAT TURUN PANDUAN MyHRMIS MOBILE:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian telefon 03-8321 1400, hantarkan emel permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di [email protected], atau layari https://spmb.jpa.gov.my/#/login untuk bantuan.

Sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA dan laman web https://www.eghrmis.gov.my/

Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut