MyGOVUC 2.0: Migrasi Platform Baharu E-mel Kerajaan Mulai 2021

mygovuc 2.0
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Peringatan mesra kepada semua pengguna-pengguna e-mel kerajaan MyGovUC, jangan lupa menyalin (backup) e-mel penting anda kerana kita akan berpindah ke platform baharu MyGovUC 2.0 dengan alamat e-mel yang sama bermula 1 Januari 2021.

Selaras dengan itu, konfigurasi (setting) e-mel di telefon pintar juga tidak akan dapat diakses bermula 1 Januari 2021 dan perlu di konfigurasi semula mengikut tetapan baru yang akan dimaklumkan.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang MyGovUC 2.0.

Apakah MyGovUC 2.0?

Perkhidmatan MyGovUC sedia ada akan menjalani proses migrasi kepada platform baharu bermula pada bulan November hingga 31 Disember yang lalu.

Pembekuan penggunaan IPMS akan ditutup, dan ia akan melibatkan pembekuan aktiviti pengurusan profil pengguna seperti pewujudan e-mel baharu, pemadaman dan pengemaskinian profil pengguna.

Semua pengguna MyGovUC 2.0 boleh mengakses pelantar baharu ini bermula 28 Disember 2020 secara berperingkat.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021

Perubahan Yang Berlaku

Era baharu MyGovuc 2.0 bakal menghubungkan semua perkhidmatan dalam satu platform.

Selain e-mel dan kalendar, pegawai boleh berkomunikasi secara ‘real time’ dengan ‘team chat/web chat’, membuat perkongsian fail (smart attach), sidang video, tugasan (smart task) dan banyak lagi.

Antara perubahan yang berlaku dalam sistem terkini adalah:

  • Storan pengguna
    • 5GB bagi pengguna sekolah
    • 8GB bagi pengguna MyGovUC yang lain
  • E-mel
    • Alamat e-mel dikekalkan
    • OWA : Pautan akses e-mel berubah ke pautan baharu
    • Desktop Client: Konfigurasi mengikut tetapan baharu
    • Mobile Active Sync: Konfigurasi mengikut tetapan baharu
  • ID Pengguna
    • ID Pengguna dikekalkan
  • Password
    • Password akan berubah
    • Pengguna akan menerima password baharu dan diminta menukarnya semula semasa login kali pertama
mygovuc 2.0

Baca juga: PLaN: Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Hanya empat (4) perkara sahaja yang perlu pegawai lakukan iaitu:

  • Mailbox housekeeping
  • Membuat backup e-mel (Local Archiving menggunakan MS Outlook)
  • Menyertai pembelajaran dalam talian (klik ke pautan : http://lms.mygovuc.gov.my)
  • Mengambil perhatian mengenai hebahan berkaitan MyGovUC 2.0
https://www.youtube.com/watch?v=5zcW_PrR3xM

Maklumat Lanjut Tentang MyGovUC 2.0

Untuk maklumat lanjut berkaitan platform baharu ini, sila hubungan Meja Bantuan di talian 03-8320 0660 atau e-mel ke [email protected]

mygovuc 2.0

Facebook: MAMPU JPM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut