10 Mooncake Halal Malaysia Yang Sedap & Pelbagai Perisa (2024)

mooncake halal malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah terdapat mooncake halal Malaysia yang boleh anda beli pada tahun 2024 ini?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 mooncake halal Malaysia terbaik untuk memeriahkan anda menyambut Perayaan Kuih Bulan yang akan tiba tidak lama lagi.

Baca juga:

Mooncake Halal Mimi Lala

mooncake halal malaysia

Mooncake Halal Malaysia by Mimi Lala mempunyai 13 pilihan perisi dari coklat, kacang merah, pandan, teratai dan banyak lagi. Setiap mooncake ini mempunyai berat sekitar 100 gram.

Mooncake Halal Asli Muar

mooncake halal malaysia

Mooncake Halal Asli Muar ini pula tersedia dengan 11 pilihan perisa seperti green tea, keladi, kopi, musang king, kacang merah dan banyak lagi.

Setiap sebiji mooncake mempunyai berat sekitar 180 gram dan anda boleh beli bermula dengan harga RM5 sahaja.

Mooncake Sugarpastry

mooncake halal malaysia

Bagi anda yang teringin untuk rasa mooncake halal Malaysia dengan pilihan perisa yang unik dan terkini, Mooncake by Sugarpastry adalah pilihan yang ideal.

Mooncake ini dibuat oleh Bumiputera dengan kualiti premium tetapi harga yang marhaen dari biasa.

Antara perisa yang popular adalah redbean mix pandan, readbean eggyolk, dan redben melon.

Tradisional Mooncake HH Foodie

mooncake halal malaysia

Mooncake Halal Malaysia yang seterusnya adalah dari HH Foodie. Mooncake sebesar tapak tangan yang diperbuat dari bahan bakeri premium ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menjadikannya sebagai hadiah.

Mooncake Halal Nissrina

mooncake halal malaysia

Mooncake Halal Malaysia by Nissrina juga tidak kurang hebatnya. Setiap set mengandungi 6 biji mooncake yang setiap satu seberat 80 gram.

4 jenis set yang boleh anda pilih adalah seperti set mini ori (plain), set mini mix, set mini egg yolk, dan set mini nut/kuaci.

Mooncake Sweet Turkish Dessert Malaysia

Sweet Turkish Dessert Malaysia terkenal sebagai kedai yang menjual pelbagai manisan yang berasal dari Turki.

Keunikannya mooncake dari Sweet Turkish Dessert Malaysia adalah 100% handmade dan tidak menggunakan telur. Setiap satu set mengandungi 6 biji mooncake dengan pelbagai perisa.

Terdapat 5 set mooncake yang boleh dipilih seperti set combo (campuran lotus dan biasa), set pure lotus sakura, set coklat cardbury, set telur masin, dan set biasa.

Mooncake Wanie Homemade

Keunikan mooncake Wanie Homemade adalah ia mempunyai lebih dari 20 jenis perisa yang sedap dan sesuai mengikut selera masyarakat Melayu.

Antara yang popular adalah labu, dragon fruit, cadbury, durian eggyolk dan coklat.

Baker’s Cottage Mooncake

Baker’s Cottage adalah salah satu dari kedai bakeri popular di Malaysia sejak tahun 1993 lagi. Dengan terdapat 10 franchise di seluruh negara, Baker’s Cottage juga menyediakan menu mooncake halal yang sedap dan lazat.

Pelbagai pilihan perisa yang boleh anda pilih dari tradisional sehinggalah ke Pure Lotus Series, Special Mixed Series, Pandan Lotus Series, dan Snow Skin Series.

Mooncake Halal Malaysia dari Tai Thong Mooncake hadir dalam set kotak kombo yang mana ia sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sempena festival mooncake nanti.

Tai Thong Mooncake mempunyai Sijil Halal Jakim, disahkan selamat untuk dimakan oleh HACCP, serta diyakini kualiti yang terjamin.

Yu-Ai Traditional Egg Yolk Mooncake

Yu-Ai Traditional Egg Yolk Mooncake juga boleh menjadi pilihan terbaik anda untuk membeli mooncake halal pada tahun ini.

Setiap kotak mengandungi empat biji mooncake yang kurang manis sesuai untuk anda yang tidak gemar rasa yang terlalu manis.

Antara perisa yang dijual adalah Sugar Red Bean Single Yolk, Sugar Lotus Double Yolk, Pandan Lotus + Salted Mung Bean + Single Yolk, dan Mixed Nuts.

FAQ Tentang Mooncake

1. Apa itu mooncake?

Mooncake adalah sejenis kuih tradisional Cina yang biasanya dimakan semasa perayaan Mid-Autumn Festival (Pesta Pertengahan Musim Luruh). Ia berbentuk bulat atau segi empat dengan kulit yang nipis dan berisi pelbagai jenis inti.

2. Apakah jenis inti yang biasa terdapat dalam mooncake?

Terdapat pelbagai jenis inti yang digunakan dalam Mooncake, termasuk:

Pes Kacang Teratai (Lotus Seed Paste): Salah satu inti yang paling popular dan tradisional.
Kuning Telur Masin: Biasanya digabungkan dengan pes kacang teratai untuk memberi rasa masin dan lemak.
Pes Kacang Merah (Red Bean Paste): Inti yang manis dan popular.
Inti Teh Hijau: Mengandungi rasa yang lebih moden dan unik.
Campuran Kacang dan Buah Kering: Satu lagi pilihan tradisional dengan pelbagai tekstur.
Inti Durian: Pilihan yang semakin popular di Malaysia.

3. Apakah simbolisme di sebalik Mooncake?

Mooncake sering dikaitkan dengan kesatuan keluarga dan keutuhan. Bentuk bulatnya melambangkan kesempurnaan dan kesatuan. Dalam budaya Cina, memakan Mooncake bersama keluarga semasa Mid-Autumn Festival adalah simbolik perhimpunan dan kebersamaan.

4. Bolehkah Mooncake disimpan lama?

Mooncake biasanya boleh disimpan selama beberapa minggu jika disimpan dengan betul dalam bekas kedap udara. Walau bagaimanapun, tempoh penyimpanan bergantung pada jenis inti dan cara pembuatannya. Mooncake dengan kuning telur masin biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding yang lain.

5. Bagaimana Mooncake dihidangkan?

Mooncake biasanya dihidangkan dalam kepingan kecil dan dimakan bersama teh Cina. Ia biasanya dipotong menjadi lapan bahagian kecil, yang mewakili keberuntungan dalam budaya Cina.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut