Monkeys Canopy Resort terletak di atas bukit berhampiran kawasan Sungai Long, Cheras, Selangor. Resort in dibangunkan untuk menjadi destinasi percutian unik yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan elemen-elemen pengembaraan, pendidikan, dan rekreasi keluarga.
Ia menawarkan pelbagai tarikan menarik yang bertujuan untuk memikat pengunjung dari pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak hingga dewasa.
Baca juga:
- 99 Wonderland Park, Selangor – Cara Beli Tiket Masuk Di KLOOK!
- Splash Mania Gamuda Cove – Harga Tiket & Cara Beli Dari Klook
- SuperPark Malaysia – Indoor Playground di Kuala Lumpur
Latar Belakang Monkeys Canopy
Monkeys Canopy Resort diasaskan dengan visi untuk memanfaatkan keindahan kawasan bukit Sungai Long yang dikelilingi flora dan fauna tropika. Nama “Monkeys Canopy” diilhamkan daripada kehadiran monyet-monyet liar yang sering dilihat di kawasan bukit tersebut, memberikan pengalaman asli kepada pengunjung tentang hubungan manusia dengan alam semula jadi.
Pembinaannya mengambil pendekatan lestari, dengan menggunakan reka bentuk yang mengharmonikan bangunan dengan reka bentuk yang mengharmonikan bangunan dengan landskap semula jadi.
Konsep ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran mesra alam, di mana pengunjung boleh menikmati suasana yang menyegarkan sambil menghargai keindahan semula jadi kawasan itu.
Tarikan & Aktiviti Menarik
1. Dino Desert
Taman dinosaur terbesar di Malaysia, menampilkan replika dinosaur bersaiz sebenar dan pameran pendidikan yang membawa pengunjung kembali ke zaman prasejarah.
2. Monkeys Splash Zone
Monkeys Splash Zone menawarkan pelbagai jenis permainan air interaktif seperti pancutan air, gelongsor mini, dan air terjun buatan, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Kawasan ini direka khas untuk keseronokan seisi keluarga.
3. Conquer Indoor Extreme Park
Taman tema dalaman yang menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti laluan tali tinggi, panjat dinding, dan lompatan menara dari ketinggian 4, 6, atau 9 meter.
4. Safari Escape Playland
Taman permainan bertema safari yang direka khas untuk kanak-kanak, menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik dalam persekitaran yang selamat.
5. Eagle Eye
Eagle Eye menawarkan pengalaman golf premium yang sesuai untuk pemain dari pelbagai peringkat kemahiran.
6. Pickle Lah
Pickle Lah menyediakan gelanggang pickleball iaitu salah satu sukan yang paling inklusif dan menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran.
Gelanggang pickleball ini direka dengan permukaan berkualiti tinggi dan ruang yang luas untuk anda menikmati permainan sepenuhnya. Sama ada anda bermain secara kompetitif atau sekadar untuk berseronok, anda pasti akan menikmati pengalaman bermain di sini.
7. Snow World
Melangkah ke dunia musim sejuk yang ajaib di Snow World, Monkeys Canopy! Dengan suhu bawah -10 hingga -15°C, anda akan merasai pengalaman musim salji sebenar yang penuh keseronokan dan pemandangan memukau.
Sama ada anda ingin menikmati permainan salji, mencipta kenangan indah, atau sekadar merasai kesejukan musim sejuk, Snow World adalah destinasi sempurna untuk pengembaraan yang penuh pesona dan keajaiban.
8. LYL International Karting Circuit
Litar go-kart yang menawarkan pengalaman perlumbaan yang mendebarkan untuk pengunjung yang ingin menguji kemahiran memandu mereka.
9. EVA
EVA menawarkan permainan realiti maya (VR) paling seronok. Di sini, anda boleh masuk ke dalam arena besar dan berlawan dengan pemain lain dalam pertempuran yang epik dan menyeronokkan.
Sama ada ada sudah biasa dengan esports atau baru ingin cuba permainan kompetitif, EVA sesuai untuk semua orang. Arena ini luas, sebesar 5,600 kaki persegi, dan membuatkan anda rasa seperti betul-betul berada dalam dunia permainan.
Fasiliti
Monkeys Canopy Resort menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang direka untuk keselesaan dan ketenangan tetamu, dengan suasana yang diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi.
Selain itu, resort ini menawarkan pelbagai pilihan kulinari, termasuk masakan tempatan, Barat, Kantonis, dan Thai seperti:
- Jeuji Korean BBQ: Restoran BBQ Korea yang menawarkan pengalaman makan yang interaktif.
- A’Han Thai Seafood: Restoran yang menyajikan hidangan makanan laut Thai yang autentik.
- Copper Mansion: Restoran mewah yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa.
Waktu Operasi
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 12 tengah hari – 12 tengah malam
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 10 pagi – 12 tengah malam
Cara Beli Tiket Monkeys Canopy Online
Anda boleh buat tempahan tiket sekarang dengan harga yang murah dan pelbagai diskaun menarik melalui platform berikut.
TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG DI SINI :
Maklumat Lanjut
Untuk promosi terkini dan informasi lanjut mengenai harga Monkeys Canopy Resort, sila ikuti laman Facebook Monkeys Canopy, Instagram Monkeys Canopy, dan layari laman web monkeyscanopy.com.my
- Alamat: Lot 683, Jalan Persiaran Bukit Enggang Sg Long Hill, Sungai Long, 43200, Cheras, Selangor
- No. Telefon: +601-938800777
- Emel: [email protected]