Biodata MK K-Clique, Pelakon Drama Aku Bukan Ustazah (TV3)

Hari ini, nama MK K-Clique bukan sahaja dikenali sebagai seorang rapper terkenal tetapi juga pelakon lelaki yang mempunyai bakat besar dalam setiap watak yang dilakonkannya.

Drama terbarunya yang memegang watak Adam dalam Aku Bukan Ustazah memberi sentuhan yang sangat terkesan kepada para penonton.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, MK K-Clique.

Baca juga:

Latar Belakang

MK K-Clique
Kredit Instagram @hairiwhuut
NamaMuhammad Hairi Amin bin Hamdan
Nama PanggilanMK K-Clique
Tarikh Lahir27 Julai 1996
Tempat LahirTawau, Sabah
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Dengan Kepujian (UiTM)
Genre MuzikHip Hop, Mainstream, Underground
PekerjaanPelakon dan penyanyi
Akaun Media SosialInstagram @hairiwhuut
TikTok @mk.kc302
X @hairiWhuuT

Kehidupan Peribadi

MK K-Clique merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik (enam orang kakak dan seorang adik lelaki).

Bapanya bernama Hamdan manakala ibunya, Kamariah. MK K-Clique sangat rapat dengan ibunya dan selalu mendahulukan ibunya dalam setiap perkara.

Kehidupan kelapan-lapan orang adik beradik ini adalah hasil jerih payah bapanya yang seorang pesara polis.

MK K-Clique menghakhiri zaman bujangnya selepas berkahwin dengan pilihan hati, Siti Hajaar Syeikh Nordin pada 16 Jun 2023. Isterinya juga adalah anak tiri kepada pelakon senior, Noniswara Baharuddin.

Pasangan ini pernah melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 7 Mei 2023 tanpa memaklumkan kepada media mahupun orang ramai.

Kredit Instagram @hairiwhuut
MK K-Clique
Kredit Instagram @hairiwhuut

Kerjaya & Profesional

MK K-Clique sebelum memasuki dunia seni hiburan, beliau pernah bekerja sebagai penarik kereta selama dua tahun kerana kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat diploma ketika berusia 23 tahun.

Kini, MK K-Clique adalah merupakan anggota kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah

Pencapaian MK K-Clique

Sepanjang penglibatan MK K-Clique dalam dunia seni hiburan, beliau telah berjaya terlibat dalam menghasilkan karya-karya lagu dan lakonan dalam drama serta filem.

Single dengan K-Clique:

TahunJudul Lagu
2018Lane Lain Line
2018Sah Tu Satu
2018Memorabilia feat. XNADS
2018Licik
2019Warna
2019Mimpi feat. Alif
2019Beg 2 Back
2019Kamu Okay
2020Kitta Move
2020Merais
2020Pulang feat. AJ
2021Sebelum/Paracetamol

Single kolaborasi:

TahunJudulArtis Kolaborasi
2019BalTuju, MK, Caprice & Zynakal
2019BossKuMeerFly feat. Tuju, Somean & MK
2019Haa TepokMeerFly feat. MK & Kidd Santhe
2019NoirFareedPF feat. Gnello, MK,
AxelJonas & IYB Midnight
2019Adakah Kau MenunggukuNaim Daniel feat. Tuju
2019Sampai ManaAJ feat. Somean
2020X Missing UTuju bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Yonnyboii
2020GilaNoki bersama Kaka Azraff & LOCA B
2020Ulang TahunAJ feat. Tuju
2020HatiAJ feat. Gnello & Noki
2020AEWOShiha Zikir feat. Noki
2020Peluang KeduaNabila Razali feat. MK
2020JauhAlan D, AxelJonas & Somean
2020EmpatiTUJULOCA
2020Tak TahuHarith Zazman feat. TUJULOCA
2021CiaoJoe Flizzow, MK feat. Jay Park
2021WitnessGnello, Benzooloo & NastyNas
2021CamtuSENNA feat. MK & Wolfy
2021VetoDJ CZA, TUJULOCA & MK

Filem:

TahunTajukWatak
2021Marabahaya UndergroundMK
2022Bunga dan KayuNoah
2022RompakDaniel
20227 Minggu Sebelum KahwinAmar Baharom
2024MustaqimMustaqim
2024RebelBono
2024Paku Tanah Jawa

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2021The HotelSeanAstro Ria
2021Oh My HantaranRizalTV9
2024Aku Bukan UstazahAdamTV3

Web drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2023I Love You, StupidFirman EibrahimViu
2024Jendala HatiLukman HafiziViu

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2019MeleTOPDiri sendiriAstro Ria
2019UnpluggedDiri sendiriAstro Ria
2019Trek SelebritiDiri sendiriAstro Ria
2023Anugerah Juara Lagu ke-37FinalisTV3

Fakta Menarik Mengenai MK K-Clique

  • Mudah disapa sebagai Hairi atau Mat.
  • Bernaung di bawah syarikat Black Hat Records (BHC).
  • Selalu dilihat buat LIVE di Instagram bersama ibunya.
  • Merupakan adik ipar kepada FareedPF, rakan seanggotanya dalam kumpulan K-Clique. FareedPF berkahwin dengan Wawa iaitu kakak kepada Siti Hawa (isteri MK K-Clique) pada tahun 2022.

Tahniah MK K-Clique! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan dan nyanyian yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @hairiwhuut
  2. MK K-Clique Selamat Nikahi Anak Datuk Seri. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini: