Minyak ikan merupakan antara supplement yang menjadi kegilaan ramai hari ini. Apakah khasiat dan kegunaan minyak ini sebenarnya kepada kesihatan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat minyak ikan dan cara pengambilannya yang betul.
Baca juga:
Apa itu minyak ikan?
Minyak ikan atau fish oil diperoleh daripada tisu ikan terumanya ikan laut seperti tuna, ikan tenggiri, dan makeral.
Ia adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3 bagi membantu menyokong kesihatan yang baik.
Kandungan dalam minyak ikan
Minyak ini mengandungi asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA).
Dianggarkan 30% dari minyak ini adalah asid lemak omega-3, manakala baki tersebut adalah daripada lemak lain.
Sesetengah daripadanya juga mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin A dan Vitamin D.
Khasiat minyak ikan kepada kesihatan
1. Mencegah simptom COVID-19 yang teruk
Penyelidikan telah mengaitkan paras darah rendah omega-3 dengan peningkatan risiko simptom COVID-19 yang teruk.
Orang yang mengalami simptom COVID-19 yang teruk mungkin mengalami masalah bernafas atau mengalami komplikasi seperti kegagalan pernafasan.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko penyakit COVID-19 yang teruk termasuk:
- Umur (iaitu, lebih tua daripada 50)
- Keadaan kesihatan tertentu (asma, penyakit jantung dan penyakit paru-paru kronik)
- Obesiti
- Kehamilan
- Merokok
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2022 mendapati bahawa pengambilan ikan berlemak atau suplemen omega-3 seperti minyak ikan boleh mengurangkan peratusan orang yang menghidap penyakit COVID-19 yang teruk.
2. Menurunkan tekanan darah
Kajian yang diterbitkan pada 2022 melaporkan bahawa pengambilan optimum DHA dan EPA untuk mengurangkan tekanan darah ialah dua hingga tiga gram setiap hari.
Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko penting untuk seseorang diserang penyakit jantung dan strok.
3. Kesihatan jantung
Omega-3 dalam minyak ikan dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung.
Ia dapat menurunkan kadar trigliserida, meningkatkan kadar kolesterol HDL (“kolesterol baik”), serta membantu mengurangi peradangan dan tekanan darah.
4. Fungsi otak dan kognitif
DHA, salah satu komponen utama dalam minyak ikan, penting untuk perkembangan dan fungsi otak yang sihat.
Pengambilan omega-3 dapat mendukung kesihatan otak, meningkatkan daya ingatan, serta berpotensi mengurangi risiko terjadinya gangguan kognitif seperti penyakit Alzheimer.
5. Melindungi kesihatan mata
DHA juga merupakan komponen penting dalam retina mata.
Pengambilan minyak ikan dapat mendukung kesihatan mata, serta mengurangi risiko terjadinya penyakit mata terkait degenerasi makula.
6. Meningkatkan imun badan
Omega-3 memiliki sifat anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangi peradangan dalam tubuh.
Ianya sangat bermanfaat bagi individu yang mengalami keadaan inflamasi kronik, seperti arthritis reumatoid
7. Untuk kesihatan kulit
Pengambilan omega-3 dalam minyak ikan juga dapat mendukung kesihatan kulit dengan mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit serta mengurangi peradangan yang berkait dengan keadaan kulit tertentu.
8. Mengurangkan risiko kemurungan
Satu kajian mendapati bahawa paras darah rendah omega-3 boleh meningkatkan risiko kebimbangan dan kemurungan.
Minyak ikan mungkin melengkapkan terapi tradisional bagi merawat masalah kemurungan.
Kandungan omega-3 dikatakan mempunyai sifat anti-radang yang boleh merawat keadaan kesihatan mental.
Cara pemakanan yang betul
Dos pengambilan minyak ikan mestilah bergantung kepada kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri.
Setiap produk supplemen yang dijual di pasaran mempunyai kandungan ratio EPA & DHA yang berbeza-beza.
Justeru untuk dos pengambilan Omega-3 yang selamat, adalah tidak lebih dari 3 gram sehari.
Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, pastikan minta nasihat doktor terlebih dahulu.
Kesan pengambilan yang berlebihan
Pengambilan minyak ikan yang berlebihan kemungkinan akan menyebabkan seseorang itu sakit perut atau cirit-birit.
Selain itu, pengambilan Omega 3 berlebihan jua menyebabkan ‘oxidative stress’ selain berlaku kerosakan DNA yang terdedah kepada kanser prostat.
Justeru, ambilah dos dan cara pengambilan yang telah disarankan oleh pihak doktor.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat minyak ikan boleh dijadikan panduan yang bermanfaat.
Sumber:
- Can Fish Oils and Omega-3 Oils Benefit Our Health? Medical News Today
- Benefits of Fish Oil: Nutrition, Risks, Tips. Health
- Fish Oil Dosage: How Much Should You Take Per Day? Healthline