Selain minyak enjin, salah satu minyak yang perlu diambil perhatian oleh pemilik kenderaan terutamanya kenderaan gearbox automatik adalah Minyak Gearbox Auto.
Minyak ini juga perlu ditukar dalam tempoh berkala bagi memastikan gearbox tidak rosak dan memastikan kelancaran pergerakan gear.
Berikut adalah maklumat dan informasi mengenai minyak ini.
Fungsi Minyak Gearbox Auto
Minyak ini berfungsi sebagai penghalang komponen logam dalam kotak gear daripada bergeser antara satu sama lain dan mengekalkan tahap suhu normal pada bahagian lain dalam sistem transmisi.
Ini adalah untuk memastikan kelinciran pergerakan gear ketika kenderaan bergerak.
Minyak ini juga turut membersihkan dan menjaga permukaan logam gear daripada haus serta memberi tekanan pergerakan ketika menukar gear.
Jenis Minyak Gearbox Auto
Terdapat tiga jenis minyak yang terbahagi kepada:
- Kategori mineral
- Kategori sintetik
- Semi sintetik.
Cecair berasaskan sintetik adalah disyorkan oleh pengeluar kerana ia sesuai untuk operasi kenderaan pada suhu yang tinggi dan tidak memerlukan penggantian yang kerap seperti dua jenis minyak yang lain.
Tanda-Tanda Gearbox Auto Rosak
Kegagalan pemilik kenderaan menukar minyak gearbox mereka berpotensi menyebabkan gearbox ini rosak.
Antara tanda-tanda gearbox ini rosak adalah seperti berikut:
- Minyak gear kurang, enjin kereta overheat dan berbau hangit.
- Bunyi bergeser, bunyi hentakan “duk” semasa menukar gear.
- Gear tidak responsif, freeplay yang lama semasa menukar gear.
- Lampu amaran enjin menyala.
- Minyak gearbox kereta bocor.
- Gear bereta tidak masuk dan tersekat-sekat.
- Gear kereta tergelincir.
Contoh Jenama Minyak Gearbox Auto Di Pasaran
Berikut adalah contoh-contoh minyak ini yang ada di pasaran:
i) Perodua ATF D3 SP Auto Transmission Fluid (1L)
- Harga: RM17.60
- Sesuai untuk kereta gearbox auto keluaran Perodua.
ii) TF DW 1 Automatic Auto Transmission Fluid HONDA
- Harga: RM27.00
- Sesuai untuk kereta Honda CRV (1995-2006), Honda City (1996-2013), Honda Civic (1996-2011), dan Accord (1998-2012)
iii) Proton ATF HTS (4GEAR) Auto Gear Oil (Non CVT Gearbox)
- Harga: RM135.00
- Sesuai untuk ketera keluaran Proton yang tidak menggunakan gearbox non CVT.
Sumber: